• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akhirnya, Murtaza Terima Hadiah Jersi Daripada Messi

oleh AK-47
01/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKHIRNYA, kanak-kanak lelaki Aghanistan yang memakai baju beg plastik ala-ala Lionel Messi, berjaya memiliki jersi asal yang dihadiahkan oleh bintang bola sepak Argentina itu sendiri.

Memetik laporan CNN, Murtaza Ahmadi yang jadi popular apabila rakaman gambarnya memakai ‘jersi’ Argentina buatan beg plastik viral di media sosial, telah pun menerima dua pasang jersi eksklusif ditandatangani oleh Messi.

Laporan agensi berita asing tersebut turut menyebut Murtaza menerima hadiah baju bola sepak berkenaan yang diserahkan oleh petugas UNICEF kepada bapanya, Arif Ahmadi.

Menurut Arif, itu adalah saat paling bahagia untuk anaknya.

messi2

messi5

messi4

messi3

Murtaza bagaimanapun sedih kerana Messi sendiri tidak boleh hadir ke majlis penyerahan jersi tersebut.

Kanak-kanak itu begitu seronok apabila memakai jersi Argentina bernombor 10 berkenaan dan hanya bermain bola sepak sejak hadiah tersebut tiba.

Murtaza berasal dari wilayah Ghazni dan dikatakan “peminat Messi yang paling tegar”.

Pada bulan lepas, Murtaza menjadi popular di seluruh dunia apabila rakaman gambarnya bermain bola sepak disebar di internet khususnya laman sosial.

messi7
Murtaza Ahmadi ketika mengenakan baju ‘buat sendiri’ Argentina.

Kaitan: Tak Mampu Beli, Bapa Reka Jersi Messi Dari Beg Plastik

Juga: Adik ‘Messi’ Ini Akan Menemui Idolanya Tidak Lama Lagi

Abangnya, Homayoun adalah orang yang bertanggung jawab menghasilkan jersi plastik itu untuk adiknya dan juga dialah yang memuat naik gambar Murtaza tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: CNN

Tags: Afghanistanbola sepakLionel Messipeminat bola
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kertas Siasatan Terhadap Tun Mahathir Sedang Dilengkapkan

Next Post

Haram Label Ayat Ruqyah, Sunnah Pada Produk – Jakim

Related Posts

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

24/02/2025
2

•⁠  ⁠Kerajaan menyediakan RM30 juta, termasuk RM15 juta dari pihak swasta, untuk pembangunan Harimau Malaya di semua peringkat dan kejohanan...

Peluang Terakhir Malaysia….

Peluang Terakhir Malaysia….

18/12/2024
0

Kalau TMJ Gagal Majukan Bola Sepak Kita…Maka Habis La BOLA sepak adalah sukan yang paling mendapat perhatian di serata dunia...

Next Post

Haram Label Ayat Ruqyah, Sunnah Pada Produk - Jakim

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd