• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Kekal 631, Hujan Lebat Kembali Cetus Kebimbangan

oleh Ahmad Albab
27/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Jumlah mangsa banjir di daerah Serian, Sarawak, kekal 631 orang daripada 195 keluarga yang ditempatkan di dua pusat pemindahan.

Namun hujan lebat sekitar bahagian Kuching sejak awal pagi ini mencetuskan kebimbangan kemungkinan banjir kembali ke kawasan rendah terutama di sini, Serian dan Samarahan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sarawak Siti Huzaimah Ibrahim berkata hujan lebat terutama di beberapa tempat sekitar Kuching pagi ini mengakibatkan banjir kilat di tempat rendah.

Beliau berkata ketika ini agensi yang berkaitan sedang memantau rapi kawasan rendah di pinggir bandar raya yang sebelum ini sering dilaporkan dinaiki air seperti di Taman Malihah, Taman Desa Wira, Kampung Sinar Budi dan Batu Kitang.

Katanya pemantauan lebih rapi diberikan kepada kawasan penempatan yang terletak di pinggir sungai.

Bagaimanapun menurutnya setakat ini tiada pemindahan baharu dan dua pusat pemindahan yang masih aktif ketika ini ialah di Dewan Masyarakat Gedong dan Sekolah Kebangsaan Tanah Puteh.

Sementara itu, tinjauan mendapati kesesakan teruk berlaku di beberapa tempat di sekitar bandar raya apabila beberapa jalan tidak dapat dilalui akibat dinaiki air.

Antaranya ialah sekitar jalan di Padang Merdeka, kawasan sekitar Hospital Umum Sarawak, Jalan Padungan, Jalan Laksamana Cheng Ho, Jalan Batu Lintang dan Jalan Padungan. – BERNAMA

Tags: mangsa banjirsarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub  MIRI – Satu rakaman video memaparkan kepulan asap hitam tebal disusuli api marak di kawasan laut berhampiran Miri...

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd