• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesawat CN235: TUDM Tubuh Lembaga Penyiasatan

oleh Ahmad Albab
27/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menubuhkan sebuah Pasukan Lembaga Penyiasatan bagi menyiasat insiden pesawat CN235 milik TUDM yang mendarat cemas di Pantai Kuala Selangor, pagi tadi.

Pasukan itu diketuai pegawai kanan TUDM yang merupakan seorang juruterbang berpangkat Kolonel dan akan dibantu oleh empat ahli terdiri dari juruterbang, jurutera dan seorang doktor perubatan, kata Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Roslan Saad dalam kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata setakat ini, masih terlalu awal untuk menentukan punca sebenar insiden itu berlaku di mana siasatan terperinci perlu dilaksanakan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang mengakibatkan kejadian tersebut.

Pasukan siasatan itu ditubuhkan bagi melihat daripada pelbagai aspek sebelum membuat rumusan punca insiden tersebut, katanya.

Roslan berkata empat dari lapan anak kapal yang terlibat dalam insiden itu diberikan rawatan sebagai pesakit luar oleh doktor perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan sudah dibenarkan pulang.

“Empat lagi dimasukkan ke wad di Hospital ATM untuk pemeriksaan dan pemerhatian lanjut,” katanya, sambil menambah bahawa mereka berada dalam keadaan stabil.

Beliau berkata Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) akan membuat penilaian bagi menentukan langkah-langkah dan usaha untuk membawa keluar pesawat itu dari kawasan insiden, dengan secepat mungkin.

Pada masa sama, Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MPBU) selaku pengurus konfigurasi sistem pesawat pula dipertanggungjawabkan menyelaras segala keperluan bantuan teknikal atau pakar yang sewajarnya daripada agensi-agensi luar TUDM untuk tujuan menganalisa dan mengenal pasti punca kejadian, katanya.

Roslan berkata MPBU juga akan membantu MPOU dalam mengkoordinasikan bantuan agensi luar yang berkaitan dalam usaha untuk membawa keluar pesawat tersebut daripada lokasi kejadian.

Beliau turut merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham Abu Hassan Abd Latib, penduduk tempatan yang meninggal dunia setelah lemas semasa merentasi tali air untuk bergegas ke lokasi kejadian.

Roslan berkata ketika kejadian, mangsa gagal berenang disebabkan oleh faktor sedutan daripada sistem perparitan di kawasan berkenaan.

“Sebagai penghargaan dan untuk meringankan beban waris keluarga mangsa, TUDM telah menghulurkan sumbangan bantuan kewangan yang telah disampaikan oleh wakil TUDM kepada keluarga Allahyarham dan memberi bantuan untuk urusan pengebumian jenazah petang tadi,” katanya.

Dalam kejadian 8.50 pagi tadi, pesawat yang membawa lapan anak kapal membuat pendaratan cemas di pesisir pantai berhampiran Batu 2, Kuala Selangor.

Kesemua anak kapal selamat, selepas dibantu nelayan tempatan di kawasan itu. – BERNAMA

Tags: Nahas PesawatTUDM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TUDM Sahkan Pesawat F/A-18D Hornet Alami Masalah Enjin, Mendarat Di KKIA

TUDM Sahkan Pesawat F/A-18D Hornet Alami Masalah Enjin, Mendarat Di KKIA

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan sebuah pesawat F/A-18D Hornet mengalami masalah enjin semasa penerbangan pulang setelah...

TUDM Tidak Kompromi Terhadap Sebarang Salah Laku Atau Pelanggaran Disiplin

TUDM Tidak Kompromi Terhadap Sebarang Salah Laku Atau Pelanggaran Disiplin

07/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku dan pelanggaran disiplin membabitkan setiap warganya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd