• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UniMAP Bakal Miliki Surau Berteknologi Hijau Pertama

oleh Ahmad Albab
26/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG BESAR – Kampus Uniciti Alam Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bakal mempunyai surau berteknologi hijau pertama sebagai mercu tanda baharu hasil kerjasama pintar UniMAP dan Proven Holdings Sdn Bhd, syarikat pemaju Uniciti Alam.

Penasihat Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Prof Emeritus Dr Kamarudin Hussin berkata projek surau yang menelan belanja RM1 juta itu akan menggunakan bumbung panel solar.

“Pembinaan surau itu menggunakan teknik Sistem Bangunan Berindustri (IBS) secara gotong royong oleh pelajar, dan kakitangan serta dijangka siap sepenuhnya sebelum bulan puasa tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah surau As-Saodah di kampus Uniciti Alam UniMAP di Sungai Chuchuh di sini, Jumaat.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP Prof Madya Dr Mohd Fo’ad Sakdan dan Timbalan Mufti Perlis, Roslan Esa.

Kamarudin yang juga bekas Naib Canselor UniMAP berkata pembinaan surau itu juga bakal melengkapkan keseluruhan infrastruktur kampus berkenaan bagi kemudahan 3,840 pelajar dan 300 kakitangan Fakulti Teknologi Kejuruteraan UniMAP dan penduduk setempat di sini.

“Surau yang dibina di atas tanah berkeluasan 4,000 kaki persegi ini ditaja sepenuhnya oleh Pengerusi Eksekutif Proven Holdings Sdn Bhd merangkap Profesor Adjung UniMAP Datuk Dr Yusof Jusoh yang bakal menampung 500 jemaah dalam satu masa,” katanya.

Sementara itu, Dr Yusof berkata pihaknya merancang membina 350 unit apartmen kepada pelajar dan kakitangan UniMAP yang bertugas di kampus Uniciti Alam itu berdekatan tapak kampus itu.

“Kita telah mengenal pasti tanah seluas 2.02 hektar bersebelahan dengan tapak kampus ini bagi membangunkan penempatan untuk pensyarah, kakitangan dan pelajar di kampus ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: surauUniMAP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar UniMAP Maut Dilanggar Di Arau

Pelajar UniMAP Maut Dilanggar Di Arau

08/02/2025
0

KANGAR: Seorang pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) maut selepas dilanggar sebuah kenderaan jenis Proton X50 ketika sedang berbasikal di Jalan...

Johor Baik Pulih 73 Masjid, Surau Daif

Johor Baik Pulih 73 Masjid, Surau Daif

20/01/2023
0

JOHOR BAHRU : Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM3.13 juta bagi membaik pulih 73 masjid dan surau yang uzur serta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd