• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wakil Rakyat Perlu Kreatif Dekati Rakyat – MB Perak

oleh Ahmad Albab
26/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LENGGONG – Wakil rakyat perlu kreatif untuk mendekati rakyat bagi mendalami dan mengetahui masalah dihadapi mereka, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata pendekatan itu penting bagi memastikan golongan sasaran iaitu masyarakat didekati dan dibantu.

“Apabila kita ulang program turun padang seperti ini (program pemukiman), kita perlu guna pendekatan yang lain pula, perlu kreatif.

“Jika dahulu hanya dua hari dan hanya tertumpu pada satu-satu kawasan sahaja, tetapi kali ini kita turun selama lima hari untuk satu daerah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina di Dewan Orang Ramai Kampung Ayer Kala, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Zambry turut beramah mesra dan mendengar aduan secara terus daripada masyarakat di kampung tersebut serta turut meninjau perkhidmatan pemeriksaan kesihatan ‘Klinik Dr Zambry’ pada program berkonsepkan pusat sehenti itu.

“Kami menerima banyak aduan daripada masyarakat di sini seperti masalah tanah (55 aduan), telekomunikasi (20 aduan), infrastruktur (lima aduan) dan lain-lain (10 aduan).

“Selain itu terdapat juga perkhidmatan daripada agensi-agensi termasuklah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan sebagainya dengan mereka menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat di sini,” katanya.

Menteri Besar berkata pihaknya akan berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk. – BERNAMA

Tags: wakil rakyatZambry Abdul Kadir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bersatu Pecat Dua ADUN, Gantung Keahlian Tujuh Wakil Rakyat

Bersatu Pecat Dua ADUN, Gantung Keahlian Tujuh Wakil Rakyat

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Parti Bersatu memecat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seorang pemimpin Armada Nasional, manakala tujuh lagi...

Firdaus Wong, Ridhuan Tee Cadangkan Penternakan Babi Di Kawasan Wakil Rakyat DAP

Firdaus Wong, Ridhuan Tee Cadangkan Penternakan Babi Di Kawasan Wakil Rakyat DAP

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung secara sinis mencadangkan supaya penternakan babi dibina di kawasan yang diwakili...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd