• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nabil Berehat Daripada Dunia Komedi?

oleh AK-47
26/02/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAWAK dan pengacara Anugerah Meletop ERA 2016, Nabil Ahmad, 32; mempunyai alasan tersendiri untuk berehat daripada program-program berbentuk komedi.

Menurut Nabil, hasratnya untuk berehat dari dunia komedi hadir sejak setahun yang lalu kerana ingin memberi tumpuan kepada bidang pengacaraan.

Baginya, lawak yang hendak disampaikan haruslah sesuatu yang segar dan menepati cita rasa peminat,  katanya kepada portal Astro Gempak.

Pengunduran beliau daripada pentas Maharaja Lawak Mega bukan untuk selama-lamanya tetapi bertujuan untuk membuat peminat-peminatnya rindu akan lawaknya supaya ia memberi impak yang besar.

Menurut pengacara Anugerah Meletop ERA 2016 ini, dia kini lebih selesa menceburkan diri dalam bidang pengacaraan seiring dengan kariernya sebagai seorang pelawak.

Di samping itu, dia telah rancang untuk terus mengembangkan lagi karier sebagai seorang komedian. Tambah Nabil lagi, dia sedang merancang untuk beri ‘buah tangan’ kepada peminat yang menyokongnya sejak awal karier.

“Akan ada sesuatu khas buat peminat yang sentiasa menyokong karier saya sebagai pelawak sejak dulu lagi. Bila ada masa yang sesuai saya akan kongsi kepada umum kerana ia masih dalam proses perancangan.

“Mungkin idea ini akan siap dalam hujung tahun ini atau awal tahun hadapan. Saya sendiri terlibat dan mungkin juga akan melibatkan pelawak-pelawak lain. Inilah yang diidamkan-idamkan saya sejak dahulu lagi ,” katanya.

photo 5

Kesempatan menjadi pengacara bagi Anugerah Meletop ERA 2016 kali ketiga berturut-turut bersama rakan-rakan pengacara yang lain antaranya Datuk AC Mizal, Neelofa dan Jihan Musa amat dihargai serta berasa bersyukur.

Bagi Nabil, kepercayaan diberi untuk mengacarakan anugerah berprestij itu untuk sekian kalinya menunjukkan bahawa produksi terbabit mempunyai kepercayaan yang tinggi kepadanya dan peluang itu diambil sebaiknya.

Walau apapun perancangan Nabil, kami doakan yang terbaik untuknya. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=jWV70lzxn1A]

Tags: AME 2016Nabil Ahmadpelawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelawak, Isteri Dibebas Dengan Jaminan Polis

Pelawak, Isteri Dibebas Dengan Jaminan Polis

03/07/2024
0

Shah Alam : Pelawak serta isterinya yang ditahan polis berhubung penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah...

Hingga Ke Saat Terakhir, Nazar Mohammad Tetap Membahan Taliban

13/10/2021
0

PADA bulan Julai lalu seorang pelawak Afghanistan dibunuh oleh Taliban, tetapi apa yang dia lakukan adalah, bagi ramai pihak sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd