• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wan Azizah Hanya Boneka Perang Azmin VS Guan Eng

oleh
25/02/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKHIRNYA terbukti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dilihat seperti biasa hanya mampu menjadi boneka lantaran gagal menyelesaikan permasalahan yang timbul dalam Pakatan Harapan.

Perkara ini didedahkan mantan Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah, yang menyalahkan karakter Wan Azizah sebagai memang langsung tidak pandai dan mampu bertegas untuk membuat keputusan penting.

Situasi ini malah bukanlah perkara baharu dan ia sememangnya diketahui umum waima dalam kalangan ahli parti itu sendiri dan sekutunya dalam Pakatan Rakyat yang kini dijenamakan semula sebagai Pakatan Harapan.

Bagaimanapun kata Aminah kepada sebuah portal berita tempatan, Wan Azizah terpaksa dipilih menjadi Ketua Pembangkang kerana setiap parti yang bergabung dalam pakatan itu mempunyai agenda kepentingan sendiri.

PKR, PAN dan DAP tegas beliau, pasti serta akan senantiasa meletakkan kepentingan parti mereka sendiri sebagai agenda keutamaan masing-masing konon berselindung di sebalik konsep ‘bersetuju untuk tidak bersetuju.

“Semasa saya sendiri dalam PKR, saya sangat kenal Wan Azizah bukanlah seorang yang pandai buat keputusan, sebab latar belakang asal dia hanyalah seorang doktor pakar mata, memang bukan ahli politik sejati.

“Setiap kali dia nak sampaikan ceramah dan kebetulan apabila saya ada juga pada waktu itu, dia akan tanya saya terlebih dulu, ‘boleh kah kalau saya nak kata macam ni? Boleh kah saya nak cakap macam itu?

“Saya faham dia cuba minta pandangan, namun sebagai pemimpin, ia menggambarkan Wan Azizah bukan pemimpin yang baik kerana tidak boleh membuat keputusan berani dan tegas untuk semua pihak.

aa lge

“Sebab itu saya tidak pelik kalau perselisihan faham antara Menteri Besar Selangor, Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada masa ini tidak boleh diselesaikan dengan baik,” kata Aminah lagi.

Persengketaan antara mereka berdua bermula apabila Setiausaha Agung DAP itu bertindak kejam membuang dua ADUN PKR daripada jawatan pengarah dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri Pulau Pinang pada minggu lalu.

Ini kerana dua wakil rakyat itu mengundi untuk tidak menentang usul dibawa Barisan Nasional berhubung isu kontroversi penambakan tanah laut pada sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang akhir tahun lalu.

Ia menyebabkan Timbalan Presiden PKR itu bertindak balas mengeluarkan kenyataan bantahan serta menyelar Guan Eng kerana tidak berunding dan dimaklumkan terlebih dahulu menerusi media tempatan.

Mengulas lanjut perang dingin Azmin dan Guan Eng, Aminah menjelaskan situasi itu hanya amalan budaya parti pembangkang bagi terus meraih simpati rakyat supaya kekal mengundi mereka pada pilihan raya akan datang.

“Daripada dulu apa yang Anwar buat, samalah juga dengan apa yang Azmin dan Guan Eng buat, masing-masing cuba bersandiwara tak habis-habis, supaya rakyat lihat kesiannya DAP, kesiannya PKR, kita kena undi mereka!

“Tetapi Wan Azizah boleh buat apa? Ketika media cuba nak tanya soalan, jawab pun muka tunduk-tunduk, kalau boleh dia hendak lari terus daripada pihak media sebab takut nak jawab soalan pemberita,” tambah Aminah lagi.

Justeru, UMNO katanya perlu buka mata dan guna kesempatan daripada sandiwara tersebut untuk terus berusaha membuktikan bahawa UMNO yang harus diundi lantaran kekal relevan dalam memperjuangkan nasib rakyat.

– Mynewshub.cc/HAA

Baca: Azmin Seorang Bela Nasib ADUN PKR ‘Diserang’ DAP

Juga: Perang Terbuka Azmin – LGE Dedah Pakatan Rapuh

Lagi: KM P. Pinang ‘Buang’ ADUN PKR Khianat Pakatan?

Tags: Azmin AliLim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya memecahbelahkan rakyat kepada 'kami' dan 'mereka' iaitu golongan berpendapatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd