• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Minyak Mac Bakal Jatuh 20 Sen Terendah Dalam Sejarah?

oleh
10/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAZIMNYA menjelang akhir bulan, jentera siber propembangkang begitu aktif hebat menyebar fitnah jahat konon harga runcit minyak petrol dan diesel akan naik sekali gus hasut rakyat segera ‘tumbangkan’ kerajaan zalim BN.

Ini bukan baharu malah sudah popular diamalkan sejak awal tahun 2015 apabila kaedah sistem apungan terkawal dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bermula Disember 2014.

Ini menyaksikan majoriti rakyat ‘termakan’ hasutan dakyah tentera maya pembangkang lantas mereka menyerbu panik semua stesen minyak menjelang tengah malam sebelum hujung bulan macam esok bumi hendak kiamat!

Malangnya kebelakangan ini, mungkin ramai perasan situasi ini bukan sahaja tidak berlaku bahkan ‘pupus’ apabila kementerian itu tidak lagi mengumumkan perubahan harga minyak menerusi siaran media lagi akhir tahun lalu.

Keadaan itu menyebabkan tiada lagi ‘pemandangan’ kesesakan luar biasa di stesen minyak setiap kali hujung bulan kerana harga terbaharu bahan bakar tersebut hanya akan diketahui sebaik 12.01 tengah malam setiap 1 hari bulan.

Dengan pembangkang sendiri pun sedang letih sibuk ‘bercakaran’ sesama sendiri waima Pakatan Rakyat telah dijenamakan semula sebagai Pakatan Harapan, isu kenaikan harga minyak kini tidak lagi menjadi fokus rakyat.

Diburukkan lagi teori ‘bodoh’ pakar strategi terbaik pakatan, Rafizi Ramli konon harga barang akan jatuh apabila harga minyak jatuh yang terbukti palsu, walhal harga minyak cuma kurang 5% mempengaruhi kos harga barang.

raf1

raf2

Terbaharu, susulan kejatuhan berterusan harga minyak global, MYNEWSHUB dimaklumkan harga jualan runcit bahan bakar itu dijangka jatuh lagi untuk Mac ini sekali gus mencatat rekod harga paling rendah dalam sejarah!

Sekadar catatan, petrol jenis RON95 yang mula diperkenalkan kerajaan memansuhkan RON92 pada 1 September 2009 bermula dengan harga RM1.80 seliter dan pernah cecah paras tertinggi RM2.30 pada Oktober 2014 lalu.

Ia sebenarnya pernah dijual murah pada harga serendah RM1.70 pada Februari 2015, namun sumber industri memaklumkan MYNEWSHUB, harga minyak itu yang kini dijual RM1.75 pada bulan ini mungkin turun lagi.

Berdasarkan pergerakan harga jangkaan yang mengguna pakai dua kaedah unjuran iaitu RM1.48 dan RM1.47 masing-masing untuk methode A dan B, harga RON95 kebarangkalian akan dijual sekitar RM1.55 atau RM1.65.

Harga terbaharu itu dibuat dengan andaian kasar harga minyak jenis itu di pasaran antarabangsa akan diniagakan bawah 40 dolar Australia (RM121) seliter iaitu paras rekod paling rendah dalam sejarah sejak Februari 2015.

Jika benar, rakyat Malaysia wajar bersyukur di sebalik ketidaktentuan ekonomi sejagat, harga minyak buat masa ini kekal rendah waima Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (OPEC) cuba menaikkan harga bahan bakar itu.

Sekali lagi timbul persoalan, adakah harga barang juga akan ‘turun’ serentak dengan kejatuhan harga minyak kerana selama ini rakyat dimomokkan dengan teori Rafizi harga barang naik konon sebab harga minyak naik?

–MYNEWSHUB.CC

Baca: 150 Syarikat Minyak Dunia Muflis Sebab Harga Rendah

Juga: Cadangan Mekanisme Harga RON95 Tidak Daya Maju

Lagi: Kerajaan Takkan Umum Harga Minyak Demi Elak Panik

Dan: Petronas Utama Rakyat Walau Harga Minyak Merudum

Tags: minyakOPECRON95
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Memang Malaysia Ada Minyak, Tapi Tak Cukup – Arul Kumar

Memang Malaysia Ada Minyak, Tapi Tak Cukup – Arul Kumar

19/04/2026
0

SEREMBAN – Malaysia sememangnya memiliki minyak, namun bekalan dalam negara masih belum mencukupi untuk memenuhi keseluruhan permintaan domestik. Naib Pengerusi...

Australia Minta Bantuan Minyak, ‘Kita Jawab Insya-Allah Kalau Ada Lebihan Kita Bagi’ – PM Anwar

Australia Minta Bantuan Minyak, ‘Kita Jawab Insya-Allah Kalau Ada Lebihan Kita Bagi’ – PM Anwar

18/04/2026
0

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa keutamaan kerajaan ketika ini adalah memastikan keperluan tenaga dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd