• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liputan Media Mengenai Banjir Di Sarawak Memuaskan

oleh Ahmad Albab
25/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Liputan media mengenai kejadian banjir yang melanda beberapa tempat di bahagian Kuching, Serian dan Samarahan sejak hujung minggu lepas cukup meluas dan memuaskan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Katanya beliau turut berpuas hati dengan komitmen serta bantuan yang dihulurkan pelbagai agensi yang terbabit dalam pengurusan krisis itu.

Beliau berkata pelbagai bantuan disalurkan kepada mangsa banjir termasuk daripada kalangan para sukarelawan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan juga orang perseorangan; semuanya berikutan penyebaran luas maklumat yang disempurnakan pelbagai media, tidak kira media arus perdana mahupun media sosial.

Beliau berkata demikian semasa dirujuk mengenai beberapa kritikan yang dibangkitkan media sosial, yang bukan saja memperlekeh liputan media mengenai banjir di bahagian berkenaan, malah turut mempersoal peranan agensi-agensi yang terbabit dalam pengurusan bencana tersebut, baru-baru ini.

“Saya berpuas hati, bagi tahu dia (kritikan)… saya berpuas hati, media melaporkan terus mengenai banjir dan sebagainya, terima kasih kepada media dan agensi yang berkaitan,” katanya dalam satu persidangan media yang diadakan di Dewan Masyarakat Serian, kira-kira 50km dari sini lewat malam tadi, sejurus selepas beliau mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Shahidan yang menyifatkan kumpulan yang tidak berpuas hati itu sebagai ‘kumpulan kecil yang sengaja cari pasal’ berkata, setiap malam berita di televisyen pasti tidak lepas daripada menyiarkan berita mengenai banjir di Sarawak, dan media sosial juga tidak pernah putus mengetengahkannya.

Beliau berkata agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), juga mempunyai platform media sosial masing-masing untuk menyebarkan maklumat, namun ia bukan bertujuan untuk bersaing sesama sendiri.

Katanya selain menyebar maklumat, platform ini bertujuan saling melengkapi, semuanya dengan matlamat sama untuk membantu mangsa bencana. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]X04G-u2_Zh0[/wpdevart_youtube]

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd