• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bangunan Baharu MITI Beri Tarikan Positif Kepada Pelabur

oleh Ahmad Albab
24/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin bangunan baharu Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan menjadi tarikan positif kepada syarikat multinasional untuk merancakkan lagi kemasukan pelaburan mereka ke negara ini.

“Bangunan baharu bernilai RM342 juta setinggi 31 tingkat ini yang meliputi kawasan seluas tiga hektar (7.43 ekar) akan memberi gambaran yang sangat positif kepada CEO syarikat multinasional yang berbilion ringgit semasa mereka melawat ke sini,” katanya.

Najib berkata MITI bertanggungjawab meneruskan perkembangan dari segi ekonomi makro dan menjamin kemasukan pelaburan ke dalam negara di samping memastikan peningkatan eksport Malaysia berterusan, terutamanya dari pihak swasta.

“MITI juga bertanggungjawab memastikan perusahaan kecil dan sederhana terus berkembang serta menjadikan Malaysia sebagai hab perdagangan antarabangsa,” kata beliau dalam ucapan sempena majlis perasmian Menara MITI di Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, hari ini.

Najib turut berterima kasih dan mengucapkan tahniah kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed serta kakitangannya kerana telah berjaya meletakkan suara Malaysia di dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

“Kita telah berjaya mencapai persetujuan perjanjian tersebut mengikut terma kita,” kata beliau.

Pada 4 Februari lepas, 12 negara termasuk Malaysia telah menandatangani TPPA di Auckland, New Zealand.

Pakatan perdagangan tersebut dijangka dapat meluaskan pasaran, mengurangkan tarif dan mempromosi perdagangan yang lebih bebas.

Turut hadir pada majlis hari ini termasuk wakil-wakil sembilan agensi di bawah kementerian tersebut. – BERNAMA

Tags: MITI
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Johari Ghani Dilantik Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri

Johari Ghani Dilantik Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, dilantik Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri yang baharu melalui...

Laporan Tesla Batal Pengeluaran Di Asia Tenggara Mungkin Keputusan Komersial – MITI

Laporan Tesla Batal Pengeluaran Di Asia Tenggara Mungkin Keputusan Komersial – MITI

08/08/2024
0

KUALA LUMPUR - Laporan media Thailand mengenai hasrat Tesla Inc (Tesla) membatalkan rancangan pengeluarannya di Asia Tenggara mungkin satu keputusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd