• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pengawal Keselamatan Didakwa Tipu Jual iPhone

oleh Ahmad Albab
24/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menipu seorang kakitangan swasta untuk membeli 24 telefon bimbit jenis iPhone 6 plus dengan harga RM10,000, Feb lalu.

Awang Hanif Awang Ali, 26, didakwa menipu Fairul Ridzwan Idrus, 30, dengan memperdayakannya untuk mempercayai bahawa tertuduh merupakan seorang Pengurus Eksekutif Akaun di Syarikat IBM Malaysia Sdn. Bhd., sehingga mendorong mangsa membayar wang tunai berkenaan secara berperingkat kepada tertuduh.

Tertuduh, yang kini tidak bekerja didakwa melakukan kesalahan itu di Tesco Extra Selayang, Jalan 2/3c, Taman Wahyu, Jinjang, di sini antara 12 tengah hari hingga 5 petang, 10 Feb lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, boleh disebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Faridah Nurdinie Bahrum memohon mahkamah mengenakan jaminan RM12,000 dan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran serta menyerahkan pasportnya, atas alasan tertuduh merupakan anak kelahiran Sabah dan tidak mempunyai alamat tetap di Semenanjung.

“Tertuduh juga telah berkahwin dengan seorang wanita warganegara Indonesia. Syarat tambahan adalah untuk menjamin kehadiran tertuduh,” kata Faridah Nurdinie.

Hakim Sohaini Alias bagaimanapun tidak membenarkan sebarang jaminan kerana Awang Hanif, yang tidak diwakili peguam tidak mempunyai penjamin.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dihantar ke Penjara Sungai Buloh dan menetapkan 25 Mac untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: kes tipupengawal keselamatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zara Qairina Ditemui Tidak Sedar Diri, Tengkuk Berdarah – Pengawal Keselamatan

Zara Qairina Ditemui Tidak Sedar Diri, Tengkuk Berdarah – Pengawal Keselamatan

10/09/2025
0

KOTA KINABALU: Pengawal keselamatan memberitahu Mahkamah Koroner, di sini, hari ini, beliau menemukan Allahyarham Zara Qairina Mahathir terlentang di dalam...

Pengawal Keselamatan Ditahan, Kes Surat Palsu Guna Nama TPM

Pengawal Keselamatan Ditahan, Kes Surat Palsu Guna Nama TPM

17/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan ditahan berkaitan penyebaran surat palsu yang menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd