• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Wanita PKR Guna Bahasa Cina Kutuk UMNO

oleh Ahmad Albab
26/02/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Jia you jia gui, guo you guo fa,” kata Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin kepada pemimpin UMNO hari ini.

Ayat dalam bahasa Cina itu bermaksud bahawa dalam setiap rumah mempunyai peraturan sendiri atau tolong jaga tepi kain sendiri.

Kata Zuraida, beliau tujukan ayat itu kepada pemimpin UMNO terutama Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak yang memberi komen tentang kemelut dalaman yang sedang dihadapi Pakatan Harapan.

“Jia you jia gui, guo you guo fa. Ia bermakna setiap rumah mempunyai peraturan sendiri dan begitu juga tiap-tiap negara.

“Salleh perlu tidur dengan kata-kata (Cina) ini dan sedar bahawa dia tidak sepatutnya bercakap tetang perkara dalaman Pakatan Harapan,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ironinya, pemimpin Pakatan Harapan pula sentiasa mengambil kesempatan mengulas tentang urusan dalaman UMNO selama ini untuk memburuk-burukkan imej parti Melayu tersebut.

Ini bermakna ayat Zuraida itu sendiri sebenarnya turut merujuk sikap PKR sendiri suka mencampuri urusan parti lain ibarat mengata dulang paku serpih, mengata orang tapi dia pula lebih!

Salleh baru-baru ini menyeru rakyat membuka mata di atas tindakan DAP memecat dua wakil rakyat PKR daripada jawatan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) di Pulau Pinang.

Pemecatan dua Ahli Dewan Undangan Negeri PKR itu hanya kerana mereka bersikap berkecuali dalam usul penambakan tanah laut dalam persidangan DUN Pulau Pinang.

Tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang itu turut dikecam keras oleh Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor.

Kritikan Mohamed Azmin itu menyebabkan Guan Eng mempersoalkan apa hak Menteri Besar Selangor itu mahu mencampuri urusan kerajaan Pulau Pinang yang diperintah oleh DAP.

“Pernahkah anda melihat saya mengulas mengenai hal ehwal negeri lain yang ditadbir oleh pakatan?” soal Guan Eng kepada Mohamed Azmin.

Bimbangkan kemarahan DAP dalam isu berkenaan, PKR semalam membuat membuat permohonan maaf secara terbuka kepada DAP. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jentera parti itu memastikan kerusi Parlimen Pandan kekal milik Parti...

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd