• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budak Tiga Tahun Dikenakan Hukuman Seumur Hidup

oleh Ahmad Albab
25/02/2016
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAHERAH – Ahli keluarga seorang budak lelaki Mesir berusia 3 tahun yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada minggu lepas berkata, mereka berasa lega.

Ini selepas menerima jaminan daripada pihak kerajaan bahawa baik anak lelaki mereka mahupun bapanya tidak akan ditangkap lagi.

Bapa kanak-kanak itu, Mansour Qurany Sharara, telah kembali ke rumah keluarganya di wilayah selatan Mesir selepas hampir 18 bulan berada dalam pelarian.

Mansour mengelak dari pihak berkuasa yang sebelum ini telah menahannya apabila mereka datang untuk menangkap anak kecilnya.

Dalam satu keputusan, mahkamah tentera minggu lalu mendapati kanak-kanak itu, Ahmed Mansour Qorany Sharara, dan 115 orang lain bersalah membunuh tiga orang.

Mereka turut didakwa mensabotaj harta awam dan swasta semasa demonstrasi politik pada Januari 2014.

Ahmed berusia 16 bulan ketika pertuduhan jenayah tersebut dibuat. Keputusan bersalah yang dijatuhkan pada 16 Februari itu mencetuskan kemarahan.

egypt-child1_wide-1794746aba013a32b2ca92eb32055581f18c29f0-s900-c85

“Bagaimana harus rakyat mempercayai institusi keadilan jika mereka melihat keadaan ni?” kata pengacara televisyen, Wael Elebrashy pada Sabtu lalu semasa beliau menemubual bapa kanak-kanak tersebut di sebuah studio di Kaherah.

Ahmed sedang tidur di pangkuan bapanya sepanjang temubual berlangsung dan bapanya menangis meminta pertolongan kerana risau anaknya dipenjarakan.

BAPA DALAM TAHANAN BERBULAN, NEKAD UNTUK LEPASKAN DIRI

Apabila polis tiba untuk menahan Ahmed buat pertama kali pada tahun 2014 dan menyedari beliau adalah seorang kanak-kanak, mereka kemudian menahan bapanya selama empat bulan sebelum seorang hakim membebaskannya.

Sejak itu Sharara telah menghabiskan hampir setahun setengah dalam pelarian untuk mengelak daripada pihak berkuasa yang mahu meneruskan kes terhadap anak kecilnya kerana dia takut ditahan sekali lagi, katanya kepada Wael Elebrashy.

Semasa kemuncak kemarahan orang ramai itu, pihak berkuasa telah memberi jaminan bahawa kedua-dua bapa dan anak tidak akan ditahan lagi.

Pihak tentera telah mengeluarkan sebuah kenyataan yang menyatakan mereka telah tersilap menahan Ahmed. Sebenarnya mereka menyangka bahawa mereka telah berjaya menahan seorang remaja berusia 16 tahun yang telah meloloskan diri dari tahanan pihak berkuasa dan mempunyai nama yang sama dengan Ahmed. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kaherahkanak-kanakMesirTenteratiga tahun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengecualian Cukai Yayasan Pendidikan Tunku Abdul Rahman Hanya 3 Tahun, PMX Umum 10 Tahun – MCA

Pengecualian Cukai Yayasan Pendidikan Tunku Abdul Rahman Hanya 3 Tahun, PMX Umum 10 Tahun – MCA

06/07/2026
0

YONG PENG - Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong mengesahkan tempoh pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan Pendidikan Tunku Abdul...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd