KASIHAN… Kemiskinan hidup memaksa seorang lelaki dikenali sebagai Hoe Ba Quat, 47, yang lumpuh menjalani kehidupan yang amat tragis dan menyeksakan.
Badannya dibalut dengan plastik manakala tangan dan kakinya diikat dengan menggunakan wayar dan tali yang disambungkan ke besi.
Ibunya, Cao Ba Quat, dilaporkan berbuat demikian bagi mengelakkan Hoe menggosok badannya di katil hingga menyebabkan ia berdarah.
Cao mendakwa terpaksa berbuat demikian kerana keluarganya tidak mempunyai wang.
Penderitaan yang dialami oleh Hoe telah memaksa penduduk Vietnam merakamkan video dan kemudiannya memuat naik dalam media sosial, bagi tujuan memohon sumbangan.
Video itu juga memaparkan bagaimana dia dan ibunya menjalani kehidupan harian. – MYNEWSHUB.CC

