• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Industri Kecantikan Di Negara Ini Berkembang Maju

oleh Ahmad Albab
15/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Industri kecantikan di Malaysia berkembang maju selari dengan perkembangan di peringkat global, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek.

Namun Hasan berkata secara amnya, pihak industri menjalankan peranan sebagai penyedia produk dan perkhidmatan secara profesional serta rakyat Malaysia sentiasa berhati-hati di dalam pembelian produk kecantikan dan memperoleh perkhidmatan.

“Kita mengeluarkan garis panduan industri kecantikan pada tahun lepas  bertujuan sebagai panduan kepada pengamal kecantikan supaya lebih berhemah dan profesional di dalam amalan perniagaan dan memupuk kesedaran pengguna supaya berhati-hati dalam sebarang penggunaan produk dan perkhidmatan kecantikan.

“Terdapat pelbagai akta atau peraturan untuk mengawal selia industri ini antaranya Akta Perubatan 1971, Akta Farmasi 1951, Akta Pusat Kesihatan Persendirian 1998 dan Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012,” katanya selepas melancarkan kempen Jom Bawa Bekal Ke Sekolah peringkat negeri di Sekolah Kebangsaan Sepri dekat sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Zaidon Asmuni dan Pemangku Pengarah Urusan Suruhanjaya Syarikat Malaysia Zahrah Abdul Wahab Fenner.

Hasan berkata secara amnya, syarikat dan rakyat Malaysia berbelanja RM1.6 bilion setahun bagi tujuan rakwatan dan produk kecantikan.

Katanya berdasarkan rekod pendaftaran perniagaan, sehingga 1 Okt lepas terdapat 39,928 syarikat yang menjalankan perniagaan atau perkhidmatan kecantikan.

“Perniagaan ini juga dianggap berkembang dengan nilai kira-kira RM30 juta. Kerajaan komited di dalam usaha untuk membangunkan industri kecantikan dengan membantu mereka bagi mengembangkan perniagaan dan pasaran.

“Terdapat beberapa institusi kewangan dan agensi kerajaan yang boleh membantu usahawan ini berkembang maju di dalam dan luar negara, antaranya SMECorp dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade),” katanya.

Sementara itu, Hasan berkata berdasarkan statistik kementeriannya, bilangan aduan, kes yang difailkan dan jumlah nilai tuntutan bagi kes-kes melibatkan kecantikan menurun dari tahun 2011 hingga 2013 iaitu merekodkan 28 aduan pada 2011 dan jumlah ini menurun kepada 24 aduan pada tahun lepas.

Hasan berkata pada masa sama, Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia juga merekodkan pengurangan bilangan pemfailan kes dan jumlah nilai tuntutan dari 2011 hingga 2013.

“Pada 2011, terdapat 443 bilangan pemfailan kes dengan nilai tuntutan RM2.6 juta. Ia berkurangan kepada 266 kes dengan nilai tuntutan RM1.4 juta pada 2013.

Dengan statistik ini, secara amnya, kerajaan beranggapan, walaupun industri kecantikan ini berkembang maju, mentaliti pengguna di Malaysia adalah matang dan bijak dalam membuat pilihan,” katanya.

Kempen Jom Bawa Bekal Ke Sekolah diadakan bagi memperomosikan amalan membawa bekal makanan yang dimasak dari rumah sebagai langkah menjimatkan wang saku harian murid, selain murid juga akan dapat menikmati makanan yang sihat dan seimbang yang disediakan dari rumah masing-masing. – BERNAMA

Tags: Hasan Malek
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

1MDB: Wang RM100,000 Daripada Hasan Malek Dilucut Hak

29/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Wang RM100,000 yang dibekukan daripada akaun bank bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Seri Hasan Malek berhubung...

Hasan Malek Yakin Mampu Pertahan Kuala Pilah

06/05/2018
0

KUALA PILAH – Datuk Seri Hasan Malek yakin kerusi Parlimen Kuala Pilah mampu dipertahankan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd