PASIR MAS – Mayat seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an tanpa identiti diri ditemui di sebatang tali air di Kampung Gual Jering di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Ibrahim Saad berkata mayat lelaki berkenaan yang berada dalam keadaan separuh bogel ditemui seorang penduduk kampung yang mencari madu lebah di kawasan itu pada pukul 8.55 pagi tadi.
“Mayat berkenaan dipercayai warga tempatan, ditemui dalam keadaan terlentang dengan kepala mangsa turut cedera,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, hari ini.
Beliau berkata mayat mangsa akan dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.
“Sehubungan itu, kita meminta jika ada sesiapa yang kehilangan anggota keluarga agar tampil ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk pengecaman mayat,” katanya. – BERNAMA

