• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kru Cemas, Kapal Dilanggar Lari Di Perairan Tanjung Ayam

oleh Ahmad Albab
23/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Dua belas kru dan seorang kapten dalam dua kapal berhadapan detik cemas apabila dirempuh sebuah kapal lain kira-kira 2.7 batu nautika dari tenggara perairan Tanjung Ayam di Kota Tinggi, Khamis lepas.

Kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu bagaimanapun tidak menyebabkan kecederaan kepada semua kru yang terdiri daripada warga tempatan, Indonesia dan Myanmar yang berumur antara 20an dan 50an.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Tanjung Sedili Kapten Maritim Amran Daud berkata kejadian juga tidak menyebabkan tumpahan minyak tetapi kedua-dua kapal yang didaftarkan di Port Klang, Selangor itu mengalami kerosakan pada ‘starboard’ (sisi kanan).

Kesemua kru kapal berjaya diselamatkan pasukan peronda APMM, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

“Kejadian berlaku ketika kedua-dua kapal iaitu TINA 7 dan STRAITS 3 sedang bersauh, manakala sebuah lagi kapal (MV OLF) dalam pelayaran dari Hong Kong menuju ke India, dengan membawa 16 kru warga India dan Sri Lanka,” kata Amran.

MV OLF yang didaftarkan di Basseterre, Saint Kitts & Nevis itu dikatakan meneruskan pelayaran ke perairan Indonesia tanpa membantu anak kapal TINA 7 dan STRAITS 3, katanya.

Amran berkata berikutan insiden itu, pihaknya telah menggerakkan pasukan untuk menjejaki MV OLF dan operasi turut dibantu Pengawal Pantai Singapura dan Badan Keamanan Laut Republik Indonesia (BAKAMLA) bagi mengesan pergerakan kapal tersebut di perairan Singapura serta Indonesia.

Selepas tiga hari menjejakinya, radar APMM akhirnya berjaya mengesan MV OLF di perairan Tanjung Ramunia pada Ahad lepas.

Rentetan itu, APMM Tanjung Sedili telah menghantar bot bersama pegawai Jabatan Laut Pasir Gudang ke tempat kejadian bagi menahan kapal tersebut sebelum menyerahkannya kepada Jabatan Laut untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Tags: APMMKapal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Masih Mahal Kerana Harga Beli Sudah Berubah – PM Anwar

Harga Minyak Masih Mahal Kerana Harga Beli Sudah Berubah – PM Anwar

18/04/2026
0

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan harga minyak masih tinggi walaupun kapal Malaysia telah melepasi Selat...

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd