• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Objek Disangka Bom Adalah Mercun – Polis Sibu

oleh Ahmad Albab
23/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Polis mengesahkan objek dijumpai di tempat letak kereta sebuah pusat hiburan di sini malam tadi dan disangka bom adalah mercun yang dibungkus dalam plastik lutsinar.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Mohd Kamal Kordi bagaimanapun berkata polis sedang menyiasat secara terperinci bagi menentukan kandungan sebenar objek di dalam plastik itu.

Ditanya sama ada ia mempunyai kaitan dengan unsur jenayah atau gangsterisme, katanya polis turut menyiasat aspek itu.

“Semasa polis sampai, objek itu sudah diletakkan di atas rumput di hadapan sebuah pusat karaoke di situ,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya objek itu dijumpai oleh pemilik pusat hiburan itu di bawah keretanya kira-kira pukul 11 malam yang kemudiannya memindahkannya ke tempat lain.

Mohd Kamal berkata anggota Unit Pemusnah Bom PDRM telah dihantar ke tempat itu untuk memeriksa dan memusnahkan objek itu yang disangka bom.

Sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat turut dipanggil ke lokasi bagi menghadapi sebarang kemungkinan, katanya.

Ketika kejadian masyarakat Cina di bandar ini sedang rancak meraikan perayaan Chap Goh Meh dengan bunyi letupan mercun dan bunga api kedengaran dan kelihatan di hampir semua pelosok kawasan. – BERNAMA

Tags: mercunpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd