• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

627 Rumah Mampu Milik Projek My Home 1Malaysia Di Melaka

oleh Ahmad Albab
22/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JASIN – Sebanyak 627 unit rumah mampu milik akan dibangunkan menerusi Projek ‘My Home 1Malaysia’ di kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai di sini bagi memberi peluang kepada golongan belia di negeri ini memiliki rumah sendiri.

Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan Melaka Datuk Hasan Abdul Rahman berkata rumah berkenaan akan dijual di bawah harga RM120,000 seunit merangkumi rumah jenis ‘town house’ serta apartmen dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

“Projek ini akan dibangunkan di kawasan seluas 3.2 hektar berhampiran Taman Sungai Rambai Putra dan peruntukan bagi projek ini disalurkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, namun jumlahnya akan diumumkan kemudian.

“Usaha ini merupakan antara inisiatif kerajaan membantu rakyat terutama golongan muda di kawasan ini memiliki rumah dan mentransformasikan taraf hidup mereka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata projek itu akan dibangunkan menggunakan teknologi sistem binaan berindustri (IBS) bagi meminimakan kos dan masa agar ia dapat disiapkan dalam masa yang singkat

Katanya rumah berkenaan akan dilengkapi sekurang-kurangnya tiga bilik tidur bagi memberi keselesaan kepada golongan belia yang ingin memiliki rumah pertama mereka.

Mengulas lanjut, Hasan berkata pihaknya telah mengedarkan lebih 1,000 borang permohonan kepada belia dan pasangan baru berkahwin di kawasan DUN itu dan sehingga kini kira-kira 500 borang telah diisi dan dikembalikan.

Beliau berkata projek berkenaan berkemungkinan akan diperluaskan di beberapa kawasan di DUN itu sekiranya menerima permintaan yang tinggi daripada penduduk setempat. – BERNAMA

Tags: MelakaRumah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PRN Melaka: DAP Bersedia Bertanding Solo Selepas Ekonomi Pulih

PRN Melaka: DAP Bersedia Bertanding Solo Selepas Ekonomi Pulih

17/05/2026
0

MELAKA - Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 12 Cawangan DAP Melaka sebulat suara bersetuju Pakatan Harapan (PH) perlu bersedia untuk bertanding...

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis mencadangkan projek penternakan babi dibuat di kawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd