• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Konspirasi Media Asing, Pembangkang Jatuhkan PM

oleh Ahmad Albab
20/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Ada pihak dalam dan luar negara cuba menggunakan pintu belakang untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Kata Azalina, ia berikutan `serangan demi serangan’ dilancarkan oleh media asing terutama Wall Street Journal (WSJ) untuk memberi imej buruk kepada pimpinan Najib selaku Perdana Menteri Malaysia yang dipilih secara demokratik oleh rakyat negara ini.

“Serangan bertali arus ke atas Perdana Menteri ini menunjukkan adanya pihak asing yang ingin campur tangan dalam pentadbiran negara hari ini.

“Pihak terbabit dilihat terdesak sehingga terpaksa melakukan serangan peribadi terhadap Najib,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Azalina memberi contoh WSJ masih terus mengulangi dakwaan terhadap Perdana Menteri Malaysia berkaitan isu yang melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurutnya, keghairahan WSJ melancarkan `serangan’ itu memperlihatkan media asing tersebut mempunyai kepentingan peribadi apabila berulang kali memainkan isu yang sama.

WSJ merupakan media luar negara yang diketahui umum cukup akrab dengan bekas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum beliau dihukum penjara kerana didapati salah meliwat seorang lelaki lain iaitu pembantu peribadinya.

Azalina seterusnya berkata, pihak berkuasa negara ini terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara telah membuat keputusan bahawa wang yang terdapat di akaun bank peribadi Perdana Menteri sebelum ini bukan daripada dana 1MDB.

Malah, katanya, Pejabat Peguam Negara Switzerland juga telah mengesahkan bahawa Najib bukan antara individu yang disiasat oleh pihak berkuasa negara itu seperti didakwa WSJ dan pemimpin pembangkang negara ini.

“Pada 3 Disember 2015, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi juga telah menjelaskan isu ini melalui Penerangan Menteri di Sidang Dewan Rakyat.

“Perkara itu telah jelas, jadi seharusnya semua pihak termasuk WSJ tidak memainkan isu ini lagi,” katanya. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]EnaD3yQ4Ddc[/wpdevart_youtube]

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan lebih rela menjadi pembangkang daripada bersama Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran kerajaan negeri itu....

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan jumlah keahlian baharu parti itu menerusi pendaftaran secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd