• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Suka Apabila Bangsa Malaysia Ada Budaya Menyiasat

oleh Ahmad Albab
19/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Saya mengucapkan terima kasih kepada Datuk Mat Zain kerana mencadangkan agar saya disiasat. Saya sangat-sangat mengalu-alukannya”

Demikian reaksi Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berhubung saranan Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur itu supaya beliau disiasat.

Menurutnya, Mat Zain meminta beliau disiasat kerana didakwa memberi maklumat palsu di Facebook hingga menyebabkan laporan polis difailkan ke atas bekas Perdana Menteri, Tun Dr, Mahathir Mohamad.

Kata Annuar, beliau memuji sikap yang ditunjukkan oleh Mat Zain kerana itu yang sepatutnya dicontohi oleh seluruh rakyat Malaysia iaitu menyiasat apabila menerima sebarang maklumat.

“Bagi saya, baguslah kalau kita ingin menyiasat dulu sebab dalam Islam pun, kalau kita menerima berita dari orang-orang fasik, maka hendaklah kita siasat dulu.

“Jadi kalau beliau merasakan saya menulis sesuatu yang direncanakan untuk mengenakan Tun Mahathir, maka siasatlah saya. Sebenarnya, saya suka apabila bangsa Malaysia di negara ini mempunyai budaya suka menyiasat terlebih dulu sebarang maklumat yang sampai kepada mereka,” katanya kepada sebuah portal berita semalam.

Annuar turut menegaskan, beliau sebenarnya lebih khuatir jika tidak wujudnya budaya menyiasat dalam masyarakat Malaysia yang suka bertindak sebagai pendakwa raya, juri dan hakim di media sosial.

“Jadi saya sangat mengalu-alukan sebarang siasatan terhadap diri saya berkaitan dengan status facebook saya itu takut-takut saya ada terlibat di dalam sebarang konspirasi dan sebagainya,” ujarnya.

Mat Zain dilaporkan berkata kepada media propembangkang, Annuar boleh disiasat kerana memberi maklumat palsu di Facebook sehingga menyebabkan laporan polis difailkan ke atas Mahathir.

Selain itu, beliau dipetik mendakwa kononnya Annuar yang juga adalah ketua penerangan UMNO boleh disiasat kerana fitnah jenayah.

Mat Zain mendakwa beliau telah membandingkan status blog Mahathir pada 3 Februari dan status Facebook Annuar.

Annuar menjelaskan, beliau menerusi Facebooknya menulis berdasarkan pemerhatiannya terhadap kenyataan Mahathir yang dianggap sebagai satu provokasi supaya disiasat polis.

“Dengan cara itu, beliau akan mendapat lebih banyak simpati dari rakyat di negara ini.

“Jadi sekiranya ada mana-mana pihak yang mahu menjalankan siasatan berhubung dengan status facebook maka saya sangat mengalu-alukan siasatan,” ujarnya. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]nnT3iK9bci0[/wpdevart_youtube]

Tags: Annuar Musa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk...

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

10/10/2025
0

KOTA BHARU: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd