• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Catat Penurunan 9% Kes Denggi Jan Hingga 13 Feb

oleh Ahmad Albab
19/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kedah mencatat penurunan kes demam denggi sebanyak 9 peratus iaitu 141 kes bagi tempoh 1 Jan hingga 13 Feb berbanding 155 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Norhizan Ismail berkata bagaimanapun setakat ini tiada kes kematian dan lokaliti wabak aktif dilaporkan.

Katanya, lapan daerah mencatatkan penurunan kes iaitu Kulim sebanyak 51.4 peratus (17 kes berbanding 35 kes tahun 2015), Langkawi 100 peratus (tiada kes berbanding satu kes tahun 2015), Kubang Pasu 35.7 peratus (sembilan kes berbanding 14 kes 2015), Kota Setar 37.7 peratus (20 kes berbanding 32 kes tahun 2015).

Padang Terap 90 peratus (satu kes berbanding 10 kes tahun 2015), Yan 84.6 peratus (dua kes berbanding 13 kes tahun 2015), Sik 100 peratus (tiada kes berbanding empat kes tahun 2015) dan Bandar Baharu 33.3 peratus (dua kes berbanding tiga kes tahun 2015), katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya tiga daerah mencatatkan peningkatan kes iaitu Baling 138.5 peratus (31 kes berbanding 13 kes pada 2015), Kuala Muda 96.4 peratus (55 kes berbanding 28 kes tahun 2015) dan Pendang 100 peratus (empat kes berbanding dua kes tahun 2015).

Dr Norhizan berkata dalam tempoh itu, pihaknya melaksanakan tindakan pencegahan dan kawalan demam denggi dengan melakukan pemeriksaan pembiakan aedes di 35,560 premis dan mendapati terdapat 330 premis mempunyai pembiakan jentik-jentik.

“Kami mengeluarkan 296 kompaun berjumlah RM148,000 di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan 52 notis bagi arahan kerja pembersihan dan pemusnahan tempat berpotensi menjadi tempat pembiakan aedes.

“Pihak kami juga melakukan semburan untuk membunuh nyamuk aedes di 44,796 premis di seluruh Kedah dan 18,244 premis diletakkan ubat pembunuh jentik-jentik,” katanya.

Beliau berkata bagi mencegah penyebaran virus denggi, masyarakat perlu melupuskan sisa buangan dengan betul, menggunakan racun serangga yang sesuai untuk bekas simpanan air selain menjalankan pemantauan aktif bagi memastikan pembiakan tidak berlaku.

“Setiap anggota masyarakat perlu prihatin dengan keadaan semasa denggi dan perlu mendapatkan rawatan segera jika terdapat sebarang tanda-tanda demam denggi,” katanya. – BERNAMA

Tags: demam denggiKedah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd