• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NGO Bantah Sidang Freemason Di Pulau Pinang

oleh
20/02/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Sembilan badan bukan kerajaan (NGO) pada Khamis membuat laporan polis bagi membantah persidangan International Scottish Masonic Conference 2016 yang dijangka berlangsung di Pulau Pinang.

Program julung kali tersebut bakal berlangsung dari 24 hingga 26 Februari ini dikatakan mengundang keresahan dalam kalangan umat Islam di Pulau Mutiara selain dibimbangi akan membawa agenda tersirat pihak asing.

Wakil NGO itu yang juga Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohd. Nordin mendakwa persidangan akan diadakan di sebuah hotel terkenal di kawasan peranginan popular Batu Ferringhi dekat sini.

Sidang tersebut mencetuskan kontroversi kerana dianjurkan oleh sebuah pertubuhan antarabangsa yang juga dikenali sebagai Freemason dan sering dikait dengan Yahudi serta teori konspirasi terhadap masyarakat Islam.

“Kami mahu pihak berkuasa menyiasat persidangan itu kerana ia menimbulkan keresahan dalam kalangan umat Islam,” kata Mohamed Hafiz selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, di sini.

Antara wakil NGO tempatan yang turut hadir bagi membuat laporan polis tersebut ialah Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, Pekida Daerah Timur Laut, Perwira Negeri Pulau Pinang dan Gerakan Merah Pulau Pinang.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatarash Wahid ketika dihubungi agensi berita Bernama mengesahkan menerima laporan berkenaan, namun enggan mengulas lebih lanjut.

Berita mengenai persidangan rahsia itu mula didedahkan Exco Pemuda UMNO Malaysia, Armand Azha Abu Hanifah yang mendakwa pertemuan gerakan Freemason diadakan di Bayview Beach Resort di Pulau Pinang.

armandpju

Susulan itu, Armand Azha turut menuntut pihak kerajaan negeri DAP Pulau Pinang dan pemimpin pembangkang Pakatan Harapan agar segera menjelaskan rasional kenapa perhimpunan tersebut dibenarkan oleh mereka.

“Sepertimana yang saya nyatakan, pada 24 Februari akan ada pertemuan Freemason/Iluminati terbesar di salah sebuah negeri tidak lama lagi. Ramai yang hubungi saya setuju bagi membongkarkan pertemuaan mereka ini.

“Walaupun saya dinasihatkan tidak mengacau kerana dikatakan gerakan mereka kuat dan besar, tetapi saya yang berpegang pada agama Islam dan berpandukan perjuangan 30 juzuk al-Quran berasakan ia harus dihentikan.

“Malah program tersebut wajar dibatalkan serta memmohon pihak kerajaan negeri DAP tersebut memberikan penjelasan secara rasmi,” kata Armand Azha menerusi artikel dalam blog tulisannya armandpju.blogspot.my.

Armand Azha turut melampirkan semua maklumat pertemuan itu dalam blognya di samping beliau mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan gabungan parti-parti pembangkang memberikan penjelasan.

“Apakah pendirian rasmi pemimpin-pemimpin serta penyokong-penyokong Pakatan Harapan terutama yang mengaku beragama Islam dalam PKR, PAN dan DAP selain juga bekas sekutu mereka, PAS mengenai isu ini?

“Saya Armand Azha Haji Abu Hanifah ingin buat pendirian secara terbuka membantah dan mahu penjelasan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang (Guan Eng), sama ada beliau setuju atau tidak pertemuan ini,” tegasnya.

Beliau pada masa yang sama turut menyeru semua NGO Islam di seluruh Malaysia agar bersatu hati dengan membantah keras penganjuran persidangan tahunan Freemason tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Dajal Moden Yahudi Tangan Ghaib Media Barat

Juga: Protokol 12 – Cara Zionis Hancurkan Malaysia

Lagi: Pakatan Terima AS$1 Juta Setahun Dana Zionis?

Dan: Alkisah Akhbar Pro-Zionis Cuba Berlagak Hero

Tags: FreemasonYahudi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiada Rakyat Malaysia Terkorban Serangan Bom Kereta Di Ankara

Next Post

UTM Hasilkan Produk Cegah, Rawat Denggi

Related Posts

‘Graduan UniSZA Terima Berita Kematian Bapa Ketika Menanti Giliran Terima Skrol’

Isu Yahudi, Zionis Di Dewan Rakyat Diputuskan 2, 3 Hari Lagi – Speaker

06/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, memberitahu akan memberi keputusan dalam dua atau tiga hari lagi...

Menteri Russia Dakwa Adolf Hitler Berketurunan Yahudi

03/05/2022
0

TEL AVIV, Israel — Israel semalam mengutuk keras Moscow kerana kenyataan ‘tidak boleh dimaafkan’ oleh Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov...

Next Post

UTM Hasilkan Produk Cegah, Rawat Denggi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd