• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selepas Emoticon LGBT, Indonesia Akan Haramkan Tumblr

oleh AK-47
17/02/2016
dalam Gajet
0
Share on FacebookShare on Twitter

INDONESIA merupakan negara dengan penduduk Muslim terbanyak di dunia, dengan 85% dari jumlah penduduk adalah penganut ajaran Islam.

Namun fahaman Islam di Indonesia sering dianggap lebih liberal berbanding Malaysia.

Artis mereka lebih berani berpakaian seksi dan filem dari negara mereka juga lebih ‘nakal’ sehingga boleh memaparkan lakonan pelakon dewasa terkenal seperti Sasha Grey dan Maria Ozawa.

Namun sejak kebelakangan ini beberapa tindakan Kementerian Komunikasi dan Informatika (Kominfo) nampaknya cuba melindungi pengguna Internet Indonesia dari pencemaran budaya negatif.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, kerajaan Indonesia mengarahkan emoticon LGBT dibuang dari aplikasi Line dan WhatsApp.

BACA: Indonesia Arahkan WhatsApp Buang Emoticon Berunsur LGBT

Terkini Kominfo akan menghalang akses kepada laman popular Tumblr.

Halang akses dilakukan kerana mereka mendapati Tumblr dipenuhi dengan kandungan berunsur pornografi.

Arahan menghalang akses telahpun diberikan kepada syarikat pembekal Internet dan mungkin akan berkuat kuasa dalam masa beberapa hari.

Reaksi dari pengguna Indonesia adalah negatif dan laman Change.org (laman mengumpul undian persetujuan) telah meminta Kominfo menimbang semula arahan ini.

Pengharaman Tumblr secara menyeluruh dianggap tidak adil kerana ia turut digunakan untuk penyebaran maklumat berguna kepada masyarakat dan memuat naik karya seni.

Tindakan pengharaman ‘pukul rata’ Tumblr di Indonesia ini mempunyai persamaan dengan pengharaman Medium di Malaysia akibat kewujudan artikel yang mendakwa seorang pemimpin tertinggi negara terlibat dengan korupsi.-MYNEWSHUB.CC

Sumber: Detik

Tags: aplikasiIndonesia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd