• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Jangan Pilih Jalan Hitam’ Menang Saman

oleh AK-47
17/02/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKHIRNYA filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam terbitan syarikat terkenal Skop Productions Sdn. Bhd. menang saman terhadap penulis novel Aku Bohsia iaitu Elias Idris.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan itu selepas membenarkan tuntutan balas dikemukakan dua beranak itu dan Skop selaku defendan dalam kes saman yang difailkan Elias, 64 pada 24 November 2014.

KUALA LUMPUR 16 FEBRUARY 2016. Pengarah Filem, Syamsul Yusof (dua dari kanan) bersama bapanya Datuk Yusof Haslam (kanan) hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kes saman penulis novel, Elias Idris terhadap mereka atas dakwaan menciplak filem Bohsia yang diterbitkan pada 2009. Mahkamah Tinggi menolak saman penulis novel terhadap pengarah filem Syamsul Yusof dan dua yang lain atas dakwaan menciplak. Mahkamah turut membenarkan tuntutan balas Syamsul, bapanya Datuk Yusof Haslam dan Skop Production serta memerintahkan plaintif, Elias Idris membayar ganti rugi RM100,000. NSTP/GHAZALI KORI
Syamsul dan bapanya ketika menghadiri prosiding

Menurut Hakim Datin Azizah Nawawi, isu berkaitan bohsia dan mat rempit tidak dilindungi di bawah Akta Hakcipta 1987.

Ini kerana kedua-dua isu ini adalah isu semasa dalam masyarakat negara ini. Ianya tidak boleh dijadikan sebagai perbandingan antara novel dan filem.

Hakim juga membenarkan tuntutan saman fitnah dibuat Datuk Yusuf Haslam terhadap Elias berjumlah RM140,000 kerana memfitnah beliau dan juga Skop melalui sebuah artikel di internet berkaitan isu ciplak itu.

Memetik kata-kata Yusof kepada Bernama selepas selesai prosiding berkata, keputusan itu dapat membersihkan nama dan reputasi Skop serta nama anaknya, Syamsul yang dituduh ciplak ketika menulis skrip filem tersebut.

“Saya bersyukur kerana segala tohmahan yang mengatakan Syamsul curi 80 peratus idea daripada novel selesai dan kebenaran telah terjawab selepas mahkamah membuktikan bahawa dakwaan itu tidak benar dan hanya ciptaan semata-mata,” katanya.

Beliau juga menasihati orang awam supaya menjadikan kes ini sebagai iktibar dan tidak mudah untuk mengambil kesempatan terhadap kejayaan orang lain. – MYNEWSHUB

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=axeekLF-920]

Tags: bohsiasamansyamsul
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 24 Jun ini untuk mendengar saman pemula difailkan UMNO bagi mendapatkan pengisytiharan supaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd