• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki Didakwa Sertai Protes Jalanan Projek Datum Jelatek

oleh Ahmad Albab
17/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Badan Bertindak Datum Jelatek (BBDJ) dan seorang ahli perniagaan hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini atas pertuduhan menyertai satu protes jalanan untuk membantah projek Datum Jelatek di Ampang Jaya, tahun lepas.

Mohd Salehuddin Abd Samad, 61, dan Arifin Abu Bakar, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman yang bersidang sebagai Hakim Mahkamah Sesyen.

Mereka didakwa bersama-sama yang masih bebas menyertai suatu protes jalanan dengan tujuan membantah projek Datum Jelatek yang bermula di Lorong Enggang 1 dan berakhir di pintu masuk tapak projek Datum di Jalan Enggang Utama, Ampang Jaya, antara 11 pagi hingga 1 petang, 25 Jan 2015.

Mohd Salehuddin yang kini merupakan pesara sektor korporat manakala Arifin, pengerusi sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan wakil anak Taman Keramat didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 4(2)(C) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim menawarkan wang jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dikenakan bagi setiap tertuduh.

Bagaimanapun, peguam Mohd Nadzim Ibrahim yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jumlah itu dikurangkan dengan alasan tertuduh memberi kerjasama baik kepada polis dan hadir tanpa protes ke mahkamah.

“Kedua-dua anak guam saya juga sudah berkahwin dan perlu menyara keluarga, Salehuddin mempunyai lima orang anak manakala Arifin mempunyai lapan orang anak,” katanya.

Majistret Ayuni Izzaty membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan menetapkan 17 Mac ini untuk sebutan semula kes.

Projek Datum Jelatek yang bermula pada 2008 di atas tapak seluas 2.4 hektar di sebelah Stesen LRT Jelatek, melibatkan pembangunan empat blok bangunan kondominium mewah, hotel, pejabat dan pusat beli-belah.

Pembangunan hartanah mega itu dilapor mendapat bantahan penduduk termasuk NGO yang terdiri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) serta penduduk tempatan yang diketuai wakil Ariffin dan pengerusi BBDJ, Salehuddin yang membuat protes jalanan pada 25 Jan 2015. – BERNAMA

Tags: lelakiprotes
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Program Wacana Ilmiah Perdana Kecoh: Dua Pemuda Lancar Protes Ketika Azam Baki Berucap

Program Wacana Ilmiah Perdana Kecoh: Dua Pemuda Lancar Protes Ketika Azam Baki Berucap

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Program Wacana Ilmiah Perdana di ibu negara bertukar kecoh apabila dua pemuda bertindak melakukan protes ketika Ketua...

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd