• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMT Rai Lebih 100 Pengamal Media Terengganu

oleh Ahmad Albab
17/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) meraikan lebih 100 pengamal media Terengganu dalam Majlis Apresiasi Media (MAM) 2016 di sini malam tadi.

Naib canselor UMT, Prof Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar berkata majlis diadakan sebagai tanda penghargaan UMT atas kerjasama pengamal media meningkatkan nama universiti itu.

“MAM 2016 ini adalah sebagai tanda UMT menzahirkan penghargaan dan tanda terima kasih kepada semua pengamal media terutamanya pengamal media Terengganu yang telah banyak membuat liputan mengenai UMT.

“Sebagai sebuah universiti yang meningkat naik, sememangnya UMT memerlukan publisiti daripada pihak media. Sejak 2001 pengamal media memainkan peranan besar dalam meningkatkan nama UMT di persada antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan anugerah kepada 11 pengamal media pada majlis yang turut dihadiri Presiden Kelab Wartawan Media Terengganu (Kawat), Ayob Mamat.

Sementara itu, Ayob berkata pihaknya berterima kasih kepada UMT yang tidak pernah melupakan usaha dan jasa pengamal media.

“Menjadi seorang pengamal media bukanlah tugas yang mudah dan adakalanya kami dihentam dan menerima pelbagai cabaran…saya bersyukur dan berterima kasih kepada pihak UMT kerana pada saat dunia yang penuh cabaran ini masih ada pihak yang tahu dan sudi menghargai hasil usaha kerja kami,” katanya.

Pada majlis itu, petugas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Biro Terengganu, Tuan Azam Tuan Johan memenangi Anugerah Khas Juri bagi pertandingan Anugerah Gerbang Pena 2016 UMT.

Tuan Azam menyifatkan kemenangan itu sebagai penghargaan untuk dirinya serta semua petugas Biro Bernama Terengganu atas semangat kerja berpasukan.

“Memang saya tak menyangka akan memenangi anugerah ini dan saya anggap ini merupakan indikator untuk saya berusaha menghasilkan lebih banyak berita lebih berkualiti,” katanya yang berjaya membawa pulang wang tunai RM400 berserta sijil. – BERNAMA

Tags: mediaUMT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

26/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kelab gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mendapat perhatian meluas media asing selepas...

Istana Arau Jadi Tumpuan Media, Menanti Istiadat Angkat Sumpah MB Baharu

Istana Arau Jadi Tumpuan Media, Menanti Istiadat Angkat Sumpah MB Baharu

28/12/2025
0

ARAU - Istana Arau di sini menjadi tumpuan pengamal media, dipercayai bagi membuat liputan istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perlis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd