• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Beri Sepenuh Sokongan Usaha Budayakan Al-Quran

oleh Ahmad Albab
16/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan memberi sepenuh sokongan terhadap segala usaha membudayakan Al-Quran termasuk penganjuran tilawah bagi melahirkan ummah yang berupaya mengimbangi tuntutan dunia dan akhirat.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata sejak mencapai kemerdekaan, kerajaan pada setiap tahun tidak terlepas menganjurkan pertandingan tilawah Al-Quran bermula dari peringkat daerah sehingga antarabangsa, bertujuan memartabatkan syiar Islam di negara ini.

“Sebab itu pada peringkat Parlimen Putrajaya, kita melaksanakan Program Tahsin Iqra Sekolah-Sekolah Menengah sejak 2014 termasuk Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Putrajaya yang diadakan hari ini.

“Ini semua dilaksanakan dengan harapan untuk melahirkan generasi muda yang celik Al-Quran,” katanya ketika berucap menutup Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Zon Putrajaya kali ketiga, di Masjid Putra di sini Selasa.

Hadir sama, Presiden Perbadanan Putrajaya Datuk Seri Hasim Ismail dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Pamuzi Yahya.

Tengku Adnan berkata dalam mendepani cabaran alaf baharu, umat Islam negara ini perlu menguasai ilmu bagi melahirkan insan cemerlang, sekali gus dapat memperbanyakkan generasi Ulul-Albab atau cendekiawan dalam segala disiplin ilmu termasuk ilmu agama.

Oleh itu, katanya peluang sedia ada harus digunakan sebaik mungkin supaya bijak memanfaatkan teknologi khususnya menerusi kewujudan aplikasi Al-Quran digital supaya ia boleh dibaca di mana sahaja.

Pada majlis itu, Zainuddin Abd Rahman, 46, dan Zaharah Ahmad, 55, muncul johan qari dan qariah, dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM3,000 serta sijil. – BERNAMA

Tags: Al-Quran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KDN Sita 6,622 Bahan Al-Quran Mengandungi Kesilapan

KDN Sita 6,622 Bahan Al-Quran Mengandungi Kesilapan

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Sebanyak 6,622 unit teks dan bahan al-Quran yang mengandungi kesilapan dan tidak memenuhi standard disita Kementerian Dalam...

UMPSA Siasat Penyebaran Naratif 3R, Tindakan Tegas Menanti Pelajar Terlibat

UMPSA Siasat Penyebaran Naratif 3R, Tindakan Tegas Menanti Pelajar Terlibat

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUANTAN – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) memandang serius penyebaran kandungan di media sosial yang membabitkan universiti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd