• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Padah Hina Kekasih Sebagai Pelacur

oleh Ahmad Albab
18/02/2016
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Seorang wanita di Britain mengaku menikam teman lelakinya sehingga mati akibat tertekan kerana sering didera dan dihina sebagai pelacur.

Sophie Butler, 20; memberitahu mahkamah di sini, dia membunuh teman lelakinya, Norasab Hussain, 33; kerana tidak tahan akibat sering didera lelaki itu.

Norasab ditemui mati di sebuah apartmen pada 30 Mei tahun lalu dengan kesan cedera parah di dada.

Sophie berkata, Norasab sering mendera dan menghinanya dengan beberapa panggilan buruk termasuk digelar sebagai pelacur.

Katanya, Norasab pernah meninggalkan satu mesej kepada ibunya dengan mengatakan dia patut membuka sebuah rumah pelacuran.

Pada hari kejadian Norasab dilaporkan terus mendera Sophie dan menghina wanita itu dengan kata-kata kesat.

Kerana tidak tahan dengan penderaan itu, Sophie bertindak mengambil sebilah pisau dan terus menikam dada Norasab hingga mati.

Pendakwa raya, John Lloyd-Jones berkata, Sophie mengaku bersalah atas tuduhan membunuh tanpa sedar kerana mengalami trauma akibat sering didera kekasihnya.

“Dua pakar sakit jiwa mengesahkan Sophie mengalami keadaan yang dikenali sebagai sindrom wanita teraniaya.

“Sindrom itu mengakibatkan wanita yang menjadi mangsa penderaan kekasih atau suami mengalami masalah mental yang menyebabkan mereka hilang pertimbangan.

“Keadaan ini berpunca akibat mangsa terlalu tertekan dan trauma dengan tindakan pasangan masing-masing,” katanya.

Menurutnya, terdapat bukti kukuh yang menunjukkan Norasab sering memukul dan mendera bekas kekasihnya sebelum ini. – Agensi/myMetro Online

Tags: kekasihmaut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd