• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelan Bines Air Selangor Dijangka Cadang Tarif Baharu Air

oleh Ahmad Albab
15/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) akan menghantar pelan bisnes tiga tahun yang dijangka melibatkan cadangan tarif baharu air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bulan depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor Suhaimi Kamaralzaman berkata pelan bisnes berkenaan mengambil kira kos biaya operasi dan kos biaya modal pengurusan air di ketiga-tiga kawasan tersebut.

“Bagaimanapun sebarang semakan tarif air yang dicadangkan adalah tertakluk kepada persetujuan SPAN,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas majlis penyerahan aset air kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bagi projek penggantian paip air dasar laut ke Pulau Ketam oleh Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga Hijau Teknologi dan Air (KeTHA), Datuk Loo Took Gee.

Sejak Oktober lepas, Air Selangor mengambil alih Syabas dan Puncak Niaga Sdn Bhd sebagai syarikat penyedia perkhidmatan bekalan air kepada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Suhaimi berkata kos penyelenggaraan paip air dasar laut baharu ke Pulau Ketam merupakan antara perkara yang dikaji dalam pelan bisnes Air Selangor bulan depan.

Loo dalam ucapannya berkata sejak paip ke Pulau Ketam mula dipasang pada 1992 sehingga 2013, kira-kira enam kejadian paip pecah serius berlaku dan menyebabkan gangguan bekalan air terawat kepada penduduk.

“Bagi menangani masalah paip pecah, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM38 juta untuk kerja-kerja penggantian paip air sedia ada bagi menjamin keselesaan penduduk Pulau Ketam di samping penjimatan kos penyelenggaraan jangka masa panjang.

“Perunding dan kontraktor dilantik adalah secara tender terbuka. Projek ini bermula pada September 2013 dan telah beroperasi bermula 17 Mei 2015,” katanya.

Tambah Loo, jajaran projek itu bermula dari Lebuhraya Pulau Indah sehingga ke Pulau Kelang dengan jumlah panjang 5.8km yang merangkumi 3.8km paip bersaiz 450mm di daratan dan hampir 2km paip keluli lembut (mematuhi standard American Petroleum Industry) bersaiz 406mm di laut.

Jelasnya, sejak paip baharu beroperasi tahun lepas, lebih 6,000 pengguna di Pulau Ketam kini menikmati bekalan air secara berterusan dan berkualiti tanpa sebarang gangguan. – BERNAMA

Tags: bekalan airKerajaan Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

26/12/2025
0

PELABUHAN KLANG: Kerajaan Selangor akan mengadakan mesyuarat pada Isnin ini bagi membincangkan tindakan selanjutnya berhubung pembaikan sistem pendawaian elektrik membabitkan...

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

01/08/2025
0

Terputus bekalan air ni satu isu...yang InsyaAllah pastinya akan diatasi Baginda Tuanku dengan pentadbiran negeri tidak lama lagi. Dapat dilihat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd