• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PBT Disaran Jana Idea Perangi Wabak Denggi – Idris

oleh Ahmad Albab
15/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Pihak berkuasa tempatan (PBT) disaran menjana idea dalam mencari penyelesaian dan menjadi koordinator dalam memerangi wabak denggi di negeri ini.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata PBT perlu memainkan peranan penting dalam mencegah wabak yang dibawa nyamuk aedes itu kerana ia merupakan agensi yang dekat dengan masyarakat.

Beliau berkata usaha tersebut boleh dilakukan dengan kerjasama semua agensi dan jabatan bersama komuniti di kawasan pentadbiran masing-masing.

“Banyak yang perlu dilakukan dalam konteks mencegah denggi, bukan sahaja jabatan kesihatan yang perlu bekerja keras tetapi yang lebih penting bagaimana PBT dapat bekerjasama dengan semua agensi dan jabatan di daerah itu bagi membanteras nyamuk aedes.

“Jika mahu harapkan jabatan kesihatan dan beberapa penguatkuasaan sahaja, ia tidak akan tercapai…walaupun hanya satu kes kematian tahun ini, tetapi ia sudah cukup banyak kerana ia bawa kerugian yang besar kepada negeri dan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Melaka anjuran Jabatan Kesihatan Melaka di Seri Negeri di sini hari ini.

Sementara itu, Idris berkata masyarakat di negeri ini perlu mengamalkan gaya hidup sihat dengan memanfaatkan kemudahan rekreasi yang disediakan.

Menurutnya, ia bagi menjadikan Melaka sebagai sebuah negeri sihat.

“Melaka kini tersenarai sebagai negeri kedua mempunyai penduduk teramai yang mempunyai masalah obesiti, jadi amalan hidup sihat perlu diterapkan dalam diri masyarakat.

“Saya juga menyarankan agensi-agensi kerajaan supaya menggalakkan kakitangan mereka mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengadakan pelbagai program sukan,” katanya. – BERNAMA

Tags: demam denggiPBT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Majlis Perundingan Agama Mohon Penguatkuasaan Lebih Berhemah Dalam Isu Rumah Ibadat

Majlis Perundingan Agama Mohon Penguatkuasaan Lebih Berhemah Dalam Isu Rumah Ibadat

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) memohon agar pendekatan penguatkuasaan dilaksanakan secara...

Demam Denggi: 2,051 Kes, 2 Kematian Di Kelantan

Demam Denggi: 2,051 Kes, 2 Kematian Di Kelantan

18/09/2024
0

Kota Bharu : Kelantan merekodkan 2,051 kes denggi dengan dua kematian dilaporkan sepanjang tahun ini sehingga 7 September lalu. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd