• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Ambil 9,000 Anggota Baharu Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
15/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Polis Diraja Malaysia akan mengambil kira-kira 9,000 anggota dan pegawai baharu bagi mengisi pelbagai jawatan sedia ada dan kekosongan pegawai yang telah bersara atau berhenti, sepanjang tahun ini.

Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM Datuk Pahlawan Zulkifli Abdullah berkata daripada jumlah itu, sebanyak 3,000 kekosongan jawatan melibatkan persaraan dan pegawai yang berhenti manakala 6,000 lagi kekosongan baharu bagi pelbagai jawatan.

Beliau berkata pengambilan baharu berkenaan penting bagi memastikan anggota dan kakitangan yang diperlukan jabatan itu mencukupi dan dapat memenuhi keperluan masyarakat setempat.

“Bagaimanapun pengambilan baharu ini bergantung kepada peruntukan yang diperoleh PDRM daripada kerajaan dan kita sedang berunding dengan Kementerian Dalam Negeri bagaimana hendak menentukan peruntukan mencukupi dapat disalurkan kepada PDRM,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Melaka di Ibu pejabat Polis Kontijen Melaka di sini, hari ini.

Beliau berkata pengambilan tersebut akan dilakukan secara berperingkat dan calon perlu menjalani Ujian Integriti bagi memastikan mereka yang dilantik mempunyai nilai intergiti yang tinggi untuk menggalas amanah yang dipertanggungjawabkan.

Selain itu, anggota baharu juga akan dinilai berdasarkan latar belakang dan kepakaran dalam bidang tertentu bagi memantapkan struktur organisasi PDRM dan sistem penyampaian serta perkhidmatan kepada rakyat, katanya.

Sementara itu, Zulkifli berkata PDRM juga sedang mengkaji semula silibus latihan di semua pusat latihan polis di seluruh negara bagi memantapkan kualiti anggota dan pegawai dari pelbagai aspek seiring dengan perkembangan semasa.

Beliau berkata, sebagai contoh unit polis pelancong di Melaka perlu menguasai lebih daripada satu bahasa terutama bahasa Inggeris untuk memudahkan mereka berkomunikasi atau membantu pelancong asing yang memerlukan pertolongan ketika melancong.

“Semua inisiatif ini antara fokus utama yang diberi perhatian Ketua Polis Negara pada tahun ini dalam usaha memastikan sumber manusia PDRM dapat dimantapkan dalam menghadapi cabaran semasa ke arah transformasi kepolisan moden dan bertaraf dunia,” katanya

Terdahulu beliau menyaksi serah terima tugas Ketua Polis Melaka baharu Datuk Ramli Din menggantikan Datuk Chuan Ghee Lye yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman. – BERNAMA

Tags: PDRMpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd