• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Terpedaya Istilah Mati Syahid

oleh Ahmad Albab
14/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Umat Islam di negara ini dinasihat jangan terpedaya dengan istilah ‘mati syahid’ yang kononnya akan diperoleh jika mereka mati ketika berjuang bersama kumpulan militan negara Islam (IS) di Syria.

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata mereka yang menyertai kumpulan berkenaan dan meninggal dunia di Syria misalnya tidak boleh dikategorikan sebagai mati syahid.

“Kalau (kita) Islam lawan Islam, mana boleh kata mati syahid,” katanya   kepada pemberita ketika ditemui selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan di Kota Darul Naim di sini hari ini.

Beliau meminta umat Islam tidak menyertai kumpulan berkenaan kerana ia bercanggah dengan pegangan agama.

“Bukan kumpulan IS sahaja, mana-mana kumpulan yang disifatkan sebagai ekstrem kita tidak boleh sertai sebab Islam tak benarkan.

“Kaedah Islam ini adalah kesederhanaan dan mengikut peraturan, kalau menyertai pertubuhan yang tidak mengikut syarak dan undang-undang, maka tidak dibenarkan,” katanya.

Mohamad Shukri berkata ibu bapa dinasihatkan supaya lebih kerap memantau anak-anak mereka untuk tidak menyertai kumpulan ini.

“Minta semua ibu bapa awasi dan kita kena lihat siapa anak kita berkawan, Tidak boleh biarkan anak ikut menyertai (sesuatu) pertubuhan sesuka hati dan perlu diawasi serta dijaga lebih pada zaman sekarang,” katanya.

Dalam laporan berita Bernama semalam, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman SAC Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mendedahkan bahawa usaha merekrut gadis Malaysia menyertai kumpulan militan di negara bergolak Syria semakin agresif.

Ayob Khan berkata individu yang giat menjalankan kegiatan itu dengan hanya melalui Facebook menyasarkan golongan pelajar sekolah memandangkan mereka lebih mudah terpedaya.

Katanya pihak berkuasa agama perlu mengeluarkan fatwa rasmi seperti  dikeluarkan kebanyakan negara Arab termasuk Arab Saudi iaitu mengharamkan rakyat berjihad di negara bergolak khususnya di Syria. – BERNAMA

Tags: Mufti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sokongan Terhadap Iran: Zaid Ibrahim Persoal Sikap Membisu Majoriti Mufti Ulama 

Sokongan Terhadap Iran: Zaid Ibrahim Persoal Sikap Membisu Majoriti Mufti Ulama 

24/03/2026
0

Oleh MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim tampil mempersoalkan sikap membisu golongan mufti dan ulama tempatan...

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

01/12/2025
0

SHAH ALAM – Normalisasi budaya songsang memberi kesan besar termasuk melemahkan maruah dan integriti moral seorang Muslim serta membuka ruang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd