• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Cef Lalok’ Pondok Buruk

oleh Ahmad Albab
15/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur – Empat ‘cef lalok’ yang sedang leka memasak adunan air ketum ditahan pihak berkuasa di sebuah pondok haram yang dijadikan dapur khas memproses daun ketum di Lembah Klang.

Semua lelaki berusia 19 hingga 40 tahun itu ditahan sepasukan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di kawasan Kampung Datuk Keramat di sini, susulan maklumat berhubung kegiatan pengedaran air ketum.

Dalam serbuan jam 8 malam itu, semua lelaki tempatan itu didapati sedang membungkus air khayal yang sudah siap dimasak bersama campuran cecair ubat batuk.

Ketua Pegawai AADK Sentul Muhammad Farid Mohd Zaki berkata, risikan pihaknya mendapati pondok buruk itu dijadikan markas untuk memasak daun ketum.

Menurutnya, suspek dikesan menjadikan kawasan perumahan berhampiran selain menerima tempahan daripada penagih air ketum.

“Ada antara pelanggan datang sendiri ke pondok itu untuk membeli air rebusan ketum selain suspek dipercayai turut menyediakan khidmat menghantar air rebusan itu kepada pelanggan.

“Ketika ditahan, anggota penguat kuasa AADK turut berjaya merampas 25 bungkus air ketum yang siap diproses bersama enam botol ubat batuk,” katanya.

Beliau berkata, bungkusan air ketum itu dijual pada harga RM10 setiap satu.

Menurutnya, semua suspek yang ditahan termasuk barang kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Pihak AADK sebelum ini melakukan pemantauan selain maklumat diberikan berhubung kegiatan pengedaran cecair khayal itu.

“Kes disiasat mengikut Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989,” tegasnya lagi.

Sehubungan itu, Muhammad Farid menegaskan, bahawa pihak AADK akan terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa untuk membanteras kegiatan pengedaran dadah di kawasan itu. – myMetro Online

Tags: ketumpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd