• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Pecat Dua Ahli Di Bahagian Maran

oleh AK-47
15/10/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini meluluskan pemecatan tiga ahli di UMNO Bahagian Maran kerana didapati ada dua keahlian iaitu UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKRT) serta kesalahan mensabotaj parti.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimanapun berkata kes dua keahlian merupakan satu kes yang bukan meluas.

Ketiga-tiga mereka didapati bersalah kerana mensabotaj parti dan melanggar perlembagaan serta etika yang ditetapkan oleh Lembaga Disiplin.

“Mereka ialah Mohd Zamri Sham dari Kampung Sekara, Maran. Beliau didapati bersalah kerana berceramah di atas pentas PKR dan memburukkan UMNO… hukumannya dipecat.

“Mohd Khiri Dahlan dari Taman Sri Keramat, Maran dan Ahmad Shukor Awang juga didapati bersalah dan dipecat daripada parti kerana mengaku mempunyai dua keahlian iaitu UMNO dan PKR,” katanya dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Sementara itu, Najib yang juga Presiden UMNO memaklumkan bahawa Perhimpunan Agung UMNO 2014 akan berlangsung bermula 25 hingga 29 November ini.

Beliau juga berkata kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor bulan lepas harus dikaji bagi meneruskan kejayaan parti.

“Kita ambil maklum kejayaan di Pengkalan Kubor… kemenangan ini mesti dikaji sebagai template untuk menentukan kejayaan secara berterusan (BN pada pilihan raya akan datang),” kata Najib yang juga Pengerusi BN.

Dalam sidang media sama, beliau turut mengucapkan tahniah kepada jentera BN yang diketuai Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mustapa Mohamed ekoran kemenangan itu.

Pada PRK itu, calon BN Mat Razi Mat Ail menang menewaskan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti lebih besar berbanding Pilihan Raya Umum ke-13 lalu. – MYNEWSHUB

Tags: PecatpolitikUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Jawatan Hanyalah Pinjaman, Kuasa Adalah Amanah’ – Onn Hafiz

‘Jawatan Hanyalah Pinjaman, Kuasa Adalah Amanah’ – Onn Hafiz

09/08/2026
0

SIMPANG RENGGAM – UMNO perlu kembali kepada perjuangan asal dan tidak menjadikan kemenangan sebagai alasan untuk mendabik dada, sebaliknya terus...

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

07/08/2026
0

PASIR PUTEH - Semua pihak diminta tidak berasa khuatir dengan isu perkauman yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu membabitkan kerjasama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd