• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peragut Ditanggalkan Seluar Oleh Orang Kampung!

oleh AK-47
16/10/2014
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kes pencuri berjaya ditangkap dan dipukul beramai-ramai oleh orang awam acap kali kita dengar hingga ada penjenayah yang mati dihukum oleh orang awam sendiri gara-gara pukulan dan hentakan yang melampau.

Memang tidak dapat disangkal pencuri mesti diajar supaya serik dan tidak melakukan perbuatan keji ini pada masa hadapan.

Namun lain pula kisahnya di Tumpat apabila seorang lelaki 36 tahun cedera dibelasah dan ditanggalkan seluarnya selepas ditangkap orang kampung kira-kira pukul 8.30 pagi berdekatan Simpang Stadium Mini Pengkalan Nangka, semalam.

Penjenayah itu dikatakan meragut beg tangan milik seorang remaja berusia 17 tahun yang sedang menunggang motosikal seorang diri di kawasan berkenaan.

Memetik petikan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Tumpat Supritendan Zaharuddin Rasip berkata, lelaki berkenaan meragut beg tangan mangsa yang diletakkan di dalam raga motosikal dan mangsa turut diugut akan dicederakan.

“Bagaimanapun, mangsa sempat meminta bantuan orang kampung yang mengejar suspek dan dia berjaya ditahan di tepi jalan besar dekat simpang Stadium Mini berkenaan dan bersamanya ditemui beg tangan remaja terbabit yang mengandungi kad pengenalan mangsa, telefon bimbit Nokia dan wang tunai berjumlah RM200,” kata Supritendan Zaharuddin Rasip.

20141014mai1.transformed (1)

Ketika polis tiba di tempat kejadian, suspek lelaki itu cedera dan separuh bogel akibat bergelut dengan orang kampung dan dia dihantar ke Hospital Tumpat untuk menerima rawatan sebagai pesakit luar. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : Farah R

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘10,000 Hadir Konvensyen PH 2026 Sampai Terpaksa Bersila Atas Lantai’ – Sheikh Umar

‘10,000 Hadir Konvensyen PH 2026 Sampai Terpaksa Bersila Atas Lantai’ – Sheikh Umar

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali melahirkan rasa syukur apabila Konvensyen Pakatan Harapan (PH) 2026...

Anwar Lontar Laungan Keramat: “Lawan Tetap Lawan! Membujur Lalu Melintang Patah!”

Anwar Lontar Laungan Keramat: “Lawan Tetap Lawan! Membujur Lalu Melintang Patah!”

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali melontarkan laungan keramat beliau, “Lawan Tetap Lawan!,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd