• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gentian, Empulur Kenaf Mendapat Permintaan Tinggi Di China, Thai

oleh Ahmad Albab
14/02/2016
dalam Terkini
2
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Tanaman kenaf mempunyai potensi untuk diusahakan berikutan produknya seperti gentian dan empulur mempunyai pasaran yang baik di luar negara terutama China dan Thailand.

Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) Datuk Mohd Adhan Kechik berkata sejak Oktober 2014 hingga akhir tahun lepas, eksport gentian kenaf ke China adalah 760 tan metrik manakala Thailand 20 tan metrik, bernilai hampir RM1 juta.

Katanya gentian dan empulur kenaf mendapat permintaan tinggi di kedua-dua negara tersebut berikutan ia mempunyai kualiti yang tinggi untuk digunakan dalam industri perumahan dan automotif.

“Ini satu perkembangan yang baik untuk industri kenaf negara yang perlu direbut oleh rakyat negara kita,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Projek Perintis Kenaf Untuk Rakyat (1KUR) dan Pelancaran Eksport Gentian dan Empulur Kenaf di sini.

Sementara itu, Mohd Adhan berkata Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM20 juta kepada LKTN bagi pembinaan sebuah kilang pemprosesan kenaf di Setiu, Terengganu tahun ini, sebagai tambahan kepada dua kilang sedia ada.

Beliau berkata kilang ketiga itu, yang dijangka siap pada tahun depan mampu memproses 3,000 tan metrik kenaf setahun.

“Daripada jumlah itu, sebanyak RM15 juta diperuntukkan untuk pembelian mesin pemprosesan kenaf manakala selebihnya akan digunakan untuk bangunan kilang berkenaan,” katanya.

Beliau berkata LKTN juga sedang menaik taraf dua lagi kilang sedia ada di Tok Bali, Kelantan dan Rompin, Pahang yang mampu memproses 1,600 tan metrik kenaf setahun.

Mengenai program 1KUR, Mohd Adhan berkata LKTN akan membekalkan batang kenaf secara kredit kepada peserta untuk diproses dan kemudiannya dibeli balik oleh agensi tersebut.

“Langkah ini bagi membantu rakyat yang tidak memiliki tanah menjana pendapatan tanpa perlu mengeluarkan modal untuk membeli kenaf,” katanya.

Beliau berkata contohnya, dengan 1,000 tan metrik kenaf, peserta mampu menghasilkan 50 tan metrik gentian kenaf dan 250 tan metrik empulur dengan pendapatan kira-kira RM250,000 setahun.

Pada majlis sama, LKTN turut memeterai perjanjian dengan Syarikat Kenaf Fiber Malaysia Sdn Bhd dan Syarikat Agro Greentech Sdn Bhd, untuk membeli hasil tanaman kenaf. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]3VbLxArvLP0[/wpdevart_youtube]

Tags: Kenaf
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

R&D Kenaf Dipergiat

22/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Industri Utama akan memberi fokus ke arah mempergiat aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) kenaf bertujuan meningkatkan...

Kilang Proses Kenaf Di Setiu Mula Operasi Awal 2019

22/01/2018
0

KOTA BHARU - Kilang pemprosesan kenaf berskala besar bernilai RM25 juta milik Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), dijangka mula...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd