• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peruntukan RM1.07b Atasi Banjir, Hakisan Di Terengganu Kekal

oleh Ahmad Albab
14/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU TERENGGANU – Peruntukan sebanyak RM1.07 bilion kepada kerajaan Terengganu dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) bagi mengatasi masalah hakisan dan banjir kekal sebagaimana yang telah diumumkan sebelum ini, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di sini.

Beliau berkata selepas merujuk kepada permasalahan yang dihadapi Terengganu kerajaan pusat tidak akan memotong mahupun mengubah jumlah peruntukan yang telah diluluskan itu untuk membina sistem tebatan banjir dan benteng pantai di kawasan yang terjejas.

“Saya ingin mengumumkan di sini untuk RMK-11 kita mempunyai peruntukan RM1.07 bilion untuk Terengganu, ini tidak diganggung gugat walaupun ada laporan yang mengatakan kerajaan pusat akan memotong bajet tapi untuk Terengganu ini kita tidak sentuh langsung dan kita tidak akan potong,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Kerajaan Terengganu dan kerajaan pusat dalam program konservasi gajah di Kenyir Elephant Conservation Village (KECV) di sini hari ini.

Dalam lawatan kerjanya ke Terengganu hari ini, Juanidi turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM29.5 juta untuk projek tebatan banjir di Hulu Terengganu manakala RM10 juta lagi untuk projek benteng hakisan pantai di Kuala Terengganu Utara dekat kawasan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), pembinaan sistem pengairan mesra alam Gong Kiat (RM7 juta) dan pembinaan sistem pengairan mesra alam Guntung Luar Setiu (RM5 juta).

Menurutnya semua projek berkenaan akan dilaksanakan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Terengganu dan ia akan disegerakan sebelum keadaan menjadi lebih buruk.

Dalam pada itu Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata masalah hakisan pantai menjadi satu masalah kepada penduduk kawasan pesisir Terengganu selain masalah banjir.

“Pantai Terengganu sepanjang 244 kilometer bermula dari Kemaman hingga ke Besut kini berhadapan fenomena hakisan pantai yang teruk dan kita berterima kasih kepada kerajaan pusat kerana prihatin dengan masalah di Terengganu,” katanya pada majlis yang sama.

Razif berkata kawasan pantai merupakan antara kawasan tarikan utama pelancong ke Terengganu dan berharap usaha untuk memelihara kawasan pantai dapat dilakukan walaupun kerajaan terpaksa mengeluarkan peruntukan yang besar untuk memastikan industri pelancongan tidak terjejas akibat daripada fenomena hakisan pantai ketika ini. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]PlE2ZEB_yFA[/wpdevart_youtube]

Tags: Wan Junaidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syor Benar Pecat, Dakwa PM Dibahas – Wan Junaidi

Syor Benar Pecat, Dakwa PM Dibahas – Wan Junaidi

11/07/2023
0

PETALING JAYA - Satu peraturan Dewan Rakyat perlu digubal untuk membenarkan usul mendakwa dan memecat Perdana Menteri boleh dibahaskan ahli...

Wan Junaidi Sedia Galas Jawatan Yang Dipertua Dewan Negara

Wan Junaidi Sedia Galas Jawatan Yang Dipertua Dewan Negara

16/06/2023
0

SHAH ALAM - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyatakan kesediaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd