• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Letupan Berhampiran UTC Ipoh Berpunca Daripada Mercun

oleh Ahmad Albab
16/02/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Letupan di Jalan Datuk Onn Jaafar, berhampiran Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini pada kira-kira 11 pagi ini berpunca daripada mercun, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Anuar Othman.

Beliau berkata mercun itu dipercayai diletakkan di dalam sebuah pasu bunga oleh seorang lelaki tidak dikenali.

Katanya sebaik menerima panggilan daripada orang awam pada kira-kira 11.30 pagi, anggota Jabatan Forensik dan Unit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba didapati satu pasu pecah kesan daripada letupan kuat, tetapi serpihan letupan tidak mendatangkan kecederaan kepada orang awam,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Anuar berkata berdasarkan keterangan saksi di tempat kejadian, seorang lelaki yang memakai topi keledar berdiri berhampiran pasu berkenaan dan beredar sebelum letupan berlaku.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat. – BERNAMA

Tags: mercun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mercun Gergasi 19KG Diimport Dari China Dijual Hingga RM5,000 Sekotak

Mercun Gergasi 19KG Diimport Dari China Dijual Hingga RM5,000 Sekotak

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Menerusi satu hantaran di media sosial, seorang pengguna mendakwa mercun jenis “Dai Sheng Gui Lai...

Polis Cari Individu Main Mercun Hingga Menyebabkan Kecederaan

Polis Cari Individu Main Mercun Hingga Menyebabkan Kecederaan

09/04/2023
0

Kuala Lumpur : Polis sedang mengesan individu yang disyaki bermain mercun hingga menyebabkan dua mangsa cedera di Kampung Changkat, Gombak,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd