• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Menang Tetap Menang” – Tunku Mahkota Johor

oleh Ahmad Albab
16/02/2016
dalam Hangat, Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Tidak kira bagaimana anda menang. Menang tetap menang,” titah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ismail.

Baginda mengulas kemenangan Johor Darul Ta’zim (JDT) ke atas Selangor untuk memenangi Piala Sumbangsih 2026 menerusi penentuan penalti malam tadi.

BERKAITAN: Piala Sumbangsih: Kemenangan JDT Dipalit Kontroversi

Titah Tunku Ismail, baginda tetap gembira dengan keputusan perlawanan berkenaan.

“Apa yang penting adalah kami mulakan kempen dengan sebuah piala dalam kabinet trofi. Ia adalah trofi ke-5 kami sejak 2013.

“Saya amat gembira untuk kelab dan penyokong. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pemain, pengurusan pasukan dan semua orang yang terlibat dalam kelab kami,” titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Tunku Ismail yang juga Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) meminta penyokong JDT bergembira dengan kemenangan itu.

Media propembangkang semalam mempersoalkan kegagalan pemain pertahanan Selangor, Mohd. Azrif Nasrulhaq menjaringkan sepakan penalti sebagai punca Selangor terpaksa berputih mata.

“Keputusan seri 1-1 berlarutan ke saingan penalti demi menentukan pemenang Piala Sumbangsih 2016. Kemudian kemenangan pun memihak kepada pasukan tuan rumah dengan jaringan 6-5.

“Pemain yang bertanggungjawab memberikan kemenangan pula tidak lain adalah Mohd. Azrif yang pernah mencetuskan ‘ketegangan’ antara Selangor dan JDT suatu ketika dulu,” lapor media terbabit.

Mohd. Azrif sebelum Liga Malaysia 2016 bermula meminta Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) melepaskan beliau untuk menyertai JDT kerana menerima tawaran lumayan daripada pasukan itu.

BERKAITAN: Undang-undang FAM Paling Bodoh! – TMJ

Permintaan itu ditolak oleh FAS memandangkan beliau telah pun menandatangi kontrak dengan pasukan Selangor dan didaftarkan untuk saingan musim ini.

Situasi itu menimbulkan suasana sedikit tegang diantara FAS dan Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ). Kemelut itu berakhir apabila PBNJ mengambil keputusan menarik balik kontrak yang ditawarkan kepada Mohd. Azrif. - MYNEWSHUB.CC

[wpdevart_youtube]2ApYISJAG0E[/wpdevart_youtube]

Tags: Piala SumbangsihTMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ops Gabungan Elit Johor-GGK Tarik Perhatian

Ops Gabungan Elit Johor-GGK Tarik Perhatian

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub  JOHOR BAHRU – Pasukan elit Johor Military Forces (JMF) dan Grup Gerak Khas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia mencuri...

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

17/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Inisiatif Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) terus membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam melahirkan generasi muda bertaraf global...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd