• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Berupaya Menangani Isu Membabitkan Parti – Annuar Musa

oleh Ahmad Albab
13/02/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata UMNO mempunyai keupayaan untuk menangani dan menyelesaikan apa juga isu yang melanda parti berdasarkan pengalaman sebelum ini.

Beliau berkata apa juga isu yang timbul dalam parti merupakan lumrah dalam politik.

Katanya UMNO yang merupakan tunjang Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara ini akan terus berdepan dengan pelbagai isu yang diputar belit oleh pihak tertentu termasuk parti pembangkang.

“Ini realiti dalam politik… kami terpaksa beri penjelasan yang betul kepada rakyat.

“Saya tak nafikan yang kami (UMNO) ada (tidak terlepas daripada) masalah … kami ada keupayaan untuk tangani perkara ini berdasarkan pengalaman mengatasi beberapa krisis politk yang besar sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua Penerangan UMNO Bahagian dan Sayap di Pejabat Badan Perhubungan UMNO Kedah di sini hari ini.

Beliau memberi contoh baru-baru ini parti pembangkang telah memberi gambaran seolah-oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menghentikan tajaan kepada pelajarnya sehingga mengundang persepsi negatif terhadap agensi kerajaan itu.

Annuar yang juga Pengerusi MARA berkata sebaliknya MARA telah membelanjakan RM2 bilion setiap tahun untuk membiayai 75,000 pelajar.

Dalam pada itu, Annuar berkata sebagai Ketua Penerangan UMNO yang baharu, beliau akan berusaha memperbetulkan persepsi masyarakat terhadap parti itu yang telah diputarbelitkan oleh parti pembangkang.

“Kami mahu UMNO negeri dan bahagian melaksanakan gerak kerja penerangan secara efisien dan menyeluruh sehingga ke peringkat akar umbi,” katanya.

Katanya beliau akan menjelajah ke setiap negeri bagi bertemu dan mendengar masalah yang dihadapi UMNO sebelum merangka gerak kerja untuk pilihan raya umum akan datang.

Terdahulu, Annuar turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]vkAonceYQlA[/wpdevart_youtube]

Tags: Annuar MusaUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd