• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fitnah Kematian, M Daud Kilau Maafkan Penyebar

oleh Ahmad Albab
16/02/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI veteran, Datuk M Daud Kilau meminta supaya berita tentang kematiannya berhenti disebarkan dan berharap agar peminat akan mendoakan yang terbaik bagi dirinya.

“Saya minta peminat doakan yang baik-baik sahaja, jika ada yang mendoakan yang buruk, harap fikirlah kembali,” tegas beliau yang kini berusia 77 tahun.

Berita palsu tentang kematian M Daud Kilau itu sudah tersebar sejak semalam, bagaimanapun M Daud Kilau hanya memaafkan penyebar berita itu dan berkata dia tidak terkejut perkara itu terjadi kepada dirinya.

Beliau atau nama sebenarnya Muhammad Daud Kilau juga memberitahu bahawa kesihatannya semakin pulih dan kini mampu bergerak sendiri tanpa bantuan daripada isterinya.

“Alhamdulillah hari ini saya lebih segar, jika sebelum ini isteri banyak membantu saya, tapi tadi saya mampu bergerak perlahan-lahan ke bilik air” katanya kepada sebuah akhbar tempatan, semalam.

Selepas hampir sebulan terlantar di Hospital Selayang, Selangor sebelum dipindahkan dari Hospital Teluk Intan, Perak, M Daud Kilau meminta kebenaran berehat di rumah anaknya, di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Beliau menghidapi masalah saluran kencing, masalah kencing manis dan juga masalah buah pinggang. – Mynewshub.cc

Tags: artis veteranM Daud Kilauveteran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan Polis Lindungi Kegiatan Haram, Terima Suapan Sejak 2021

Artis Veteran Pukul Abang Ipar Ditahan

25/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan artis veteran yang didakwa memukul abang iparnya di sebuah flat perumahan yang terletak di Bandar...

Elaun Kenangan Veteran Masih Dalam Kajian

07/03/2022
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Pertahanan masih menilai kesesuaian pemberian elaun kenangan kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menerima Pingat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd