• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,194 Notis Dikeluarkan Dalam Ops Tahun Baharu Cina

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Sebanyak 1,194 notis dikeluarkan kepada penunggang motosikal dan pemandu kenderaan yang melakukan pelbagai kesalahan dalam Ops Tahun Baharu Cina bermula 1 Feb hingga malam tadi.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang, Noorul Habib Abdul Guduse berkata daripada jumlah itu, 496 notis dikeluarkan kepada penunggang motosikal melibatkan pelbagai kesalahan dengan tiada lesen memandu mencatatkan kesalahan tertinggi.

“Sejumlah 1,092 kenderaan diperiksa dan 496 notis dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu, lesen memandu tamat tempoh, tidak mempamerkan ‘P’ dan lain-lain kesalahan.

“Ops khas yang kami jalankan pada malam ini turut disertai beberapa agensi lain dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Alam Sekitar, Puspakom serta Unit Narkotik dan Trafik Polis Diraja Malaysia,” katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Beliau berkata dalam operasi malam tadi, sebanyak lima penunggang dan pembonceng motosikal berumur antara 24 hingga 41 tahun didapati positif dadah.

Sementara itu, Noorul Habib beliau berkata pihaknya turut giat menjalankan operasi khas kenderaan klon yang tidak didaftarkan dan sebanyak 39 kenderaan telah disita sejak Januari lepas.

“Secara puratanya setiap hari kami akan ada satu kes kenderaan klon. Kami boleh mengambil tindakan ke atas pemandu di bawah Seksyen 7 Akta Pengangkutan Jalan kerana memandu kenderaan yang tidak didaftarkan,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika hendak membeli kenderaan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]qFgSWymaKu4[/wpdevart_youtube]

Tags: JPJ
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

JPJ Gantung Sementara Kelulusan Chery Omoda 5, Tangguh Pendaftaran Baharu

JPJ Gantung Sementara Kelulusan Chery Omoda 5, Tangguh Pendaftaran Baharu

11/10/2026
0

PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan menggantung sementara Sijil Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) Chery Omoda 5, sekali gus...

MARA Lantik Bekas Tentera Sebagai Warden Sepenuh Masa Di Semua MRSM Mulai 2027

MARA Lantik Bekas Tentera Sebagai Warden Sepenuh Masa Di Semua MRSM Mulai 2027

29/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan melantik warden sepenuh masa dalam kalangan bekas anggota tentera di semua Maktab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd