• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Annuar Musa Arah UniKL Panggil Balik Pelajar Miskin

oleh Ahmad Albab
16/02/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pro-Canselor Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Tan Sri Annuar Musa mengarahkan pengurusan universiti itu memanggil semula semua pelajarnya yang didakwa terpaksa menghentikan pengajian kerana menghadapi masalah kewangan.

Kata Annuar, beliau tidak mahu ada mana-mana pelajar Melayu atau bumiputera berasal daripada keluarga miskin terpaksa berhenti daripada universiti itu kerana masalah demikian.

“Sekiranya benar ada walau seorang anak Melayu/Bumiputera yang telah berhenti dari UniKL kerana miskin dan tak dapat tajaan, saya mengarahkan Presiden UniKL memanggil mereka kembali belajar dan kita luluskan tajaan serta merta,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Annuar yang juga Ketua Penerangan UMNO semalam menjelaskan Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan mengagihkan pinjamannya kepada para pelajar yang memerlukan di UniKL dalam tempoh terdekat.

Menurutnya, pembayaran itu mengalami sedikit kelewatan kerana MARA perlu membuat beberapa pengubahsuaian bagi memastikan pelajar yang layak tidak terlepas daripada menerima bantuan itu.

MARA bersetuju menaja kesemua pelajar-pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMa) berdasarkan kepada tiga kategori pembiayaan seperti berikut:

KATEGORI 1
Bagi pelajar daripada golongan pendapatan isi rumah RM8,000 dan ke bawah akan mendapat pembiayaan pelajaran penuh daripada MARA (yuran pengajian dan elaun sara hidup).

KATEGORI 2
Bagi pelajar daripada golongan pendapatan isi rumah di antara RM8,001 hingga RM15,000 pula akan mendapat pembiayaan yuran pengajian daripada pihak MARA.

KATEGORI 3
Manakala bagi pelajar daripada golongan pendapatan isi rumah melebihi RM15,000 sebulan akan dipertimbang pembiayaan melalui proram kerjasama MARA dan bank-bank tempatan.

Kenyataan Annuar itu sekali gus mengenepikan fitnah jahat yang dilemparkan oleh pakar propaganda terkenal pembangkang, Rafizi Ramli mengenai nasib pelajar miskin di UniKL tidak dibela.

Rafizi yang juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat sebelum ini menuduh MARA konon gagal menyediakan pembiayaan kepada pelajar yang memohon bagi kemasukan di UniKL. – Mynewshub.cc

Baca: MARA Terus Difitnah Pembangkang Di Media Sosial

Juga: Bantuan Pelajar Miskin Bumiputera Diterus MARA

Lagi: MARA Tak Henti Biasiswa Kepada Pelajar Tajaannya

[wpdevart_youtube]u8OaqrL53LM[/wpdevart_youtube]

Tags: Annuar Musa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk...

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

10/10/2025
0

KOTA BHARU: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd