• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagi Lokomotif KTMB Terbakar Kali Ini Di Kamunting

oleh
12/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Semua penumpang dan petugas tren Ekspres Rakyat 2, yang lokomotifnya terbakar semasa dalam perjalanan rutin dari Johor Bahru, Johor ke Butterworth, Pulau Pinang berada dalam keadaan selamat.

Lokomotif yang membawa sembilan buah gerabak berkenaan didapati terbakar secara tiba-tiba di Kampung Kuala Tanjung, dekat Kamunting, Taiping kira-kira 80 kilometer dari sini pada Khamis malam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, Mohd. Taufik Abd. Sattar mengesahkan perkara itu berdasarkan pemeriksaan ke atas lebih 300 penumpang serta staf Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di tren tersebut.

Menurutnya, mereka menerima panggilan mengenai kebakaran itu kira-kira pukul 8.43 malam sebelum sepasukan enam anggota bergegas ke lokasi kejadian yang turut dibantu oleh Balai Bomba dan Penyelamat Taiping.

“Semasa jentera tiba, kepala kereta api itu telah pun 30 peratus terbakar namun api berjaya dikawal kurang daripada 30 minit, dan semua penumpang disahkan selamat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Sementara itu, Pengurus Kanan Pemasaran KTMB Mohd Noordin Kimi ketika dihubungi Bernama berkata semasa kejadian terdapat lima petugas syarikat pengangkutan rel itu termasuk dua pemandu di dalam tren tersebut.

Beliau berkata kecekapan dan kepantasan setiap petugas KTMB yang berjaya memisahkan segera gerabak dengan lokomotif yang terbakar itu sekali gus mengelak daripada berlakunya perkara buruk tidak diingini.

“Sebaik sahaja mereka sedar ada kebakaran pada bahagian lokomotif, pemandu terus berhenti dan terus pisahkan dengan gerabak penumpang untuk mengelak api daripada terus merebak,” kata beliau lagi.

Menurut Mohd. Noordin, semua penumpang meneruskan perjalanan mereka ke Butterworth dengan menggunakan tren yang sama selepas lokomotif gantian tiba dari mana-mana stesen di utara Semenanjung.

Pada Selasa lepas, sebuah lokomotif tren Ekspres Rakyat terbakar hanya kira-kira satu kilometer sahaja dari stesen KTMB Sungai Gadut, dekat Seremban, Negeri Sembilan ekoran kerosakan dalam enjin.

Dalam kejadian pukul 2.35 petang itu, seramai 310 penumpang dan pemandu kereta api yang dalam perjalanan dari Johor Baharu ke Pulau Pinang disahkan sebagai selamat. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: KTMBlokomotif
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

21/02/2026
0

JOHOR BAHRU: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berjaya menggagalkan cubaan mencuri kabel sepanjang kira-kira 250 meter di laluan Kempas Baru–Kulai...

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd