• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Dakwa Ramai Ahli PAN Tinggalkan Parti

oleh Ahmad Albab
11/02/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS mendakwa mempunyai bukti ramai ahli Parti Amanah Negara (PAN) telah meninggalkan parti itu untuk kembali kepada PAS.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata, beliau mempunyai bukti itu tetapi tidak akan mendedahkannya kepada PAN.

“PAN perlu siasat sendiri siapa mereka. Saya tidak bertanggungjawab untuk mendedahkannya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Takiyuddin berkata, beliau tidak berbohong tentang perkara itu ahli PAN terbabit datang berjumpa dengannya baru-baru ini.

“Kami berbincang dan berbual. Mereka telah salah faham dengan perjuangan PAN,” katanya.

PAN ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS yang disingkirkan oleh ahli parti itu dalam pemilihan PAS pada Jun tahun lalu.

Pemimpin PAS terbabit disingkirkan kerana mereka dilihat terlalu tunduk kepada agenda perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang bertentangan dengan Islam.

PAN kemudian menyertai PKR dan DAP dalam Pakatan Harapan yang ditubuhkan bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang berkubur pada tahun lalu.

Pakatan Rakyat dibubarkan kerana DAP membantah cadangan PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]8OxAl1TCbnc[/wpdevart_youtube]

Tags: PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS melahirkan kesyukuran susulan pengampunan bersyarat yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul...

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dua pemimpin UMNO dan PAS membangkitkan dakwaan mengenai penggunaan akaun media sosial berbayar, bot, robot serta kecerdasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd