• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Maut Dihempap Tong Seberat Satu Tan Metrik

oleh Ahmad Albab
10/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang lelaki warga emas maut akibat dihempap tong berisi logam klorida seberat satu tan metrik selepas lori yang membawa tong itu melanggar motosikal mangsa di Jalan Lahat, Menglembu di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 5.25 petang itu, Cheah Seaw Oon @ Cheah Seaw Oow, 65, dilanggar oleh lori yang membawa tujuh tong berisi bahan kimia seberat satu tan metrik, setiap satu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh Ismail Darus berkata akibat pelanggaran itu tong-tong berkenaan terjatuh dari lori dan satu daripadanya menghempap mangsa sehingga menyebabkan warga emas itu maut di tempat kejadian.

“Tujuh anggota Pasukan Menyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke tempat kejadian dan mengambil masa satu minit untuk mengangkat tong gas yang menghempap mangsa.

“Kami menggunakan ‘lifting bag’ untuk mengangkat tong gas bagi membolehkan mangsa yang tersepit berhampiran tayar lori berkenaan dikeluarkan,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata kemalangan itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kebocoran di tempat kejadian.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa sedang dalam perjalanan ke tempat kerja di kedai makan milik abangnya yang terletak berhampiran lokasi kejadian. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]TBL3Z0hn4cc[/wpdevart_youtube]

Tags: warga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd