• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saman Mazlan, Utusan Dan TV3, Permohonan Anwar Didengar 22 Feb

oleh Ahmad Albab
10/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memadamkan satu perenggan dalam pernyataan pembelaan difailkan Utusan Melayu (M) Bhd dalam saman berhubung dakwaan mengaitkannya terlibat dengan rasuah membabitkan badan kehakiman dan Pejabat Peguam Negara, akan didengar pada 22 Feb ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O’hara menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya hari ini selepas bertemu peguam Sangeet Kaur yang mewakili Anwar, Elly Azreen Khalid bagi pihak Utusan Melayu dan Lim Qi Shi mewakili Sistem Televisyen Malaysia (TV3).

Sangeet memberitahu pemberita bahawa mahkamah juga memerintahkan TV3 untuk mengemukakan rakaman dan transkrip siaran berita berhubung sidang media yang dikendalikan oleh bekas calon Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh, Dr Mazlan Ismail dalam masa dua minggu bermula hari ini.

Pada 15 Okt tahun lepas, Anwar, 64, selaku plaintif, memfailkan saman itu dengan menamakan Mazlan sebagai defendan pertama, TV3 dan Utusan Melayu, masing-masing sebagai defendan kedua dan ketiga.

Anwar mendakwa Mazlan telah menyebabkan TV3 menyiarkan perkataan fitnah yang disiarkan menerusi Buletin Utama pada 8 malam, 2 Ogos 2013 dan mendakwa Mazlan menyebabkan perkataan fitnah itu diterbitkan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 3 Ogos 2013.

Beliau mendakwa Mazlan mengadakan persidangan media yang mengandungi perkataan fitnah yang serius dan berniat jahat membawa maksud beliau seorang yang tidak beretika, terlibat dalam rasuah, melakukan aktiviti berunsur jenayah, tidak jujur dan tidak bermoral.

Anwar menuntut ganti rugi am, teruk, dan teladan serta perintah injunksi yang menghalang defendan daripada mengulangi atau menyiarkan semula perkataan fitnah itu. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]JAMyremQe5I[/wpdevart_youtube]

Tags: Anwar Ibrahimsaman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd