• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM20,000 Peruntukan Segera Untuk Bina Benteng Di Pantai Sura

oleh Ahmad Albab
09/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu memperuntukkan RM20,000 untuk membina benteng beg pasir di kawasan tebing jalan di Pantai Sura yang runtuh akibat dipukul ombak dua hari lepas.

Pegawai Pembangunan Dungun Datuk Din Adam berkata pembinaan benteng itu akan  dilaksanakan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu sebagai langkah awal bagi mengelakkan runtuhan semakin besar berlaku.

“Satu persetujuan bersama telah dibuat antara JPS, Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Timur (ECER) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu untuk mengambil langkah segera membina benteng menggunakan beg pasir buat sementara bagi memastikan tidak berlaku runtuhan kedua yang lebih teruk.

“Kerja-kerja pembinaan benteng sementara ini telah dimulakan sejak malam tadi sebab kita khuatir kalau langkah awal ini tak dibuat, mungkin jalan juga boleh runtuh sebab keadaan air pasang dan ombak besar,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Din berkata ECER telah mengambil inisiatif bagi membina 10 benteng hakisan di sepanjang tujuh kilometer jalan pantai di daerah itu bermula dari Pantai Teluk Lipat hingga ke Pantai Teluk Gadung dan sehingga kini tiga daripadanya telah siap dibina.

“Selepas ini pihak ECER akan membuat penilaian segera membaik pulih tebing runtuh ini dan sekarang ini JPS hanya melakukan kerja membaik pulih sementara yang mana kerja-kerja ini dijangka akan mengambil masa sehingga dua hari,” katanya.

Tebing sepanjang 100 meter di kawasan Pantai Sura runtuh akibat dipukul ombak sehingga membentuk gaung sedalam lima meter dan jalan berhampiran ditutup sementara bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

Fenomena air pasang dan ombak besar yang berlaku sejak dua hari lepas turut mengakibatkan hakisan semakin menghampiri jalan raya di sepanjang tujuh
kilometer di pantai berkenaan dan banyak pokok rhu yang menjadi penahan ombak turut musnah.

Pantai Teluk Lipat di sini telah diklasifikasikan JPS berada di bawah tahap kritikal dan sebanyak RM69 juta telah diperuntukkan kerajaan pusat di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) bagi menyelesaikan masalah hakisan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]TmngWMG_pFU[/wpdevart_youtube]

[wpdevart_youtube]BZBTuRZ3S0g[/wpdevart_youtube]

Tags: ombak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

METMalaysia Keluarkan Amaran Angin Kencang, Ombak Sehingga 3.5 Meter

METMalaysia Keluarkan Amaran Angin Kencang, Ombak Sehingga 3.5 Meter

06/05/2023
0

KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dan kedua serta ribut...

8 Sekeluarga Dihanyutkan Ombak Di Oman, Dua Maut

8 Sekeluarga Dihanyutkan Ombak Di Oman, Dua Maut

16/07/2022
0

MUSCAT, OMAN – Percutian sebuah keluarga dari India di pantai Oman bertukar tragedi apabila lapan daripada mereka dihanyutkan ombak besar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd