• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sami Buddha Bangkit Sentimen Anti-Islam Di Thailand

oleh
11/02/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Sentimen anti-Islam di Thailand dikatakan semakin berkembang pesat, berikutan kepercayaan karut beberapa sami Buddha tempatan bahawa agama mereka kini sedang diancam oleh penyebaran luas agama Islam.

Ini diburukkan lagi oleh konflik politik dalam kalangan penganut agama Buddha di Thailand, pemberontakan di selatan negara Gajah Putih tersebut serta pengaruh besar dimainkan segelintir penganut Buddha yang radikal.

Maha Aphichat, seorang sami Buddha berusia 30 tahun di Bangkok mendakwa tidak takut untuk menyuarakan pandangannya malah dia mula mendapat perhatian ramai netizen di Thailand sejak Oktober tahun lalu.

Dia menyalahgunakan media sosial untuk menggesa penganut Buddha supaya membakar sebuah masjid, sebagai tindak balas bagi setiap sami yang terbunuh di selatan negara itu; yang ramai penduduknya Melayu/Islam.

Pemberontakan agama yang berlarutan selama lebih 12 tahun di wilayah bersempadan dengan Malaysia itu sudah meragut nyawa hampir 20 sami Buddha tempatan, dan menyebabkan ramai lagi penganut Buddha cedera.

Menurut Apichat, dia mahu memberi kesan psikologi kepada umat Islam agar menghentikan pembunuhan sami-sami. Walaupun belum ada masjid yang dibakar, sentimen anti-Islam semakin mendapat perhatian secara online.

Aphichat mengambil kesempatan daripada konflik tempatan untuk membangkitkan lagi ketegangan agama. Ini seperti keputusan masyarakat Islam yang menolak pembinaan sebuah Taman Buddha di Pattani pada bulan lalu.

buddhist-monks-thailand

Padahnya sami-sami Buddha baru-baru ini untuk menolak penubuhan industri makanan halal di Chiang Mai. Aphichat mahu mengikut gaya sami anti-Islam Myanmar, Ashin Wirathu melindungi Buddha di Thailand.

Sesetengah pakar antarabangsa mengatakan, konteks politik Thailand dan Myanmar yang berbeza-berbeza sebenarnya berjaya menghalang sebarang konflik antara agama daripada meletus lebih dahsyat setakat ini.

Wirathu dikatakan mendapat sokongan daripada bekas pemerintahan Myanmar yang memang anti-Islam, manakala Aphichat langsung tidak mendapat sokongan jelas pihak kerajaan Thailand yang lebih pro-Islam.

Namun mereka beri amaran, isu itu boleh jadi lebih serius jika pihak berkuasa Thailand tidak menanganinya segera terutama di wilayah selatan yang bergolak seumpama bom jangka boleh meletup bila-bila masa sahaja.

Menurut penganalisis, cara pemikiran Aphichat mencerminkan jenis pemikiran yang wujud dalam kalangan sesetengah pemimpin dan penganut Buddha Thailand membenci Islam secara senyap dan kurang menonjol.

Ini berbahaya kerana walaupun jika Aphichat berhenti, mungkin ada yang ingin mengambil alih tempatnya. Para pemimpin agama tempatan kini giat mempromosikan dialog antara agama dan pemahaman budaya lebih baik.

Lebih daripada 93 peratus penduduk Thailand adalah penganut Buddha, berbanding hanya kira-kira 6 peratus yang masih lagi tegar beragama Islam, majoritinya di selatan negara tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Buddhasami
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

19/09/2025
0

BATU PAHAT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang sami untuk membela diri atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan...

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

Sami Warga Asing Ditahan Disyaki Rogol Wanita Tempatan

27/09/2023
2

SERDANG: Seorang sami warga asing ditahan selepas disyaki merogol seorang wanita warga tempatan di sebuah kawasan di Puchong, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd